Monday 3 September 2018

Rezeki "sahabah"



Daripada Haji Shamsudin Puteh

Di Makkah, pukul 10 pagi, cuaca dah panas terik.
Aiskrim dah mula laris.
Air zamzam di masjid pun menjadi tumpuan ramai.
Kebetulan, seorang peniaga datang menjual tembikai di tepi hotel penginapan kami, Zuwar Albait.
Terpanggil juga untuk membelinya bagi menghilangkan dahaga.
Harganya, 4 Rial sebiji dengan berat lebih kurang 4kg.
Kira murah benar le tu.
Selepas membayar harganya, sipenjual bertanya, Malaysia?
Ya, jawab saya.
Dia terus memeluk dan mengghadiahkan sebiji tembakai.
Katanya, "sahabah".
Kesudahannya dapat lebih kurang 10kg tembikai pada harga 4 Rial.
Saya pula panjangkan hadiahnya itu dengan memberi sebiji kepada rakan-rakan di bilik sebelah.
Nampaknya, nama Malaysia terus mempunyai keistimewaan di sini.
Atau, peniaga itu melihat saya seperti fakir miskin yang patut diberi sedekah!


No comments:

Post a Comment