Friday 14 September 2018

Kursus Pemantapan Kepimpinan AKRAB bermula...


Kursus Pemantapan Kepimpinan AKRAB Bernama/Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Kursus Peningkatan Psikologi Personel 2018 bermula di Institut Pengurusan Peladang Langkawi, Pulau Langkawi malam ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Zulkefli Salleh merangkap Pengerusi AKRAB Bernama merasmikan kursus selama tiga hari itu.
Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KKMM Encik Chek Zainuddin Chek Jusoh dan Ketua Penyelaras kursus Puan Siti Syahida Jamalluddin turut hadir.
Kursus itu bertujuan membimbing dan mendedahkan para peserta tentang kefungsian, kemahiran dan keperluan sebagai agen kesejahteraan psikologi di tempat kerja.
Selain itu, ia akan mendedahkan peserta dengan kemahiran dan teknik Spiritual Emotional Freedom Technique (SEFT) yang dapat dijadikan mekanisme dalam meningkatkan kesejahteraan psikologi personnel.
SEFT merupakan satu kaedah membebaskan dan merawat diri sendiri atau orang lain dari penyakit fizikal dan mental dengan cara ‘tapping pressure points’ di badan kita.
Dalam ucapannya, Datuk Zulkefli mengucapkan terima kasih kepada KKMM kerana telah memberi sokongan kepada AKRAB Bernama dari segi kewangan dan  penganjuran kursus tersebut.
Katanya, penubuhan AKRAB atau Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam di agensi, jabatan dan kementerian membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan dan kesejahteraan penjawat awam.
AKRAB dianggap penting dalam membantu penjawat awam yang gagal menyerlahkan potensi diri sebenar.
Datuk Zulkefli berharap AKRAB akan terus komited dan istiqomah melaksanakan aktiviti khidmat membimbing warga organisasi dan membantu petugas yang memerlukan bantuan dalam meningkat prestasi dan kecemerlangan.
Majlis itu turut meraikan ulangtahun kelahiran Datuk Zulkifli yang bakal tiba pada 2 Oktober ini.


No comments:

Post a Comment