Wednesday 26 September 2018

Bercanda di tepian pantai...



Jika sukar untuk ke tepi pantai, usah risau lagi.
Pantai kini yang datang ke Wisma Bernama!
Tidak perlu lagi pergi jauh untuk menikmati pemandangan pantai yang tenang berlatarbelakang pokok-pokok kelapa.
Datang sahaja ke Bilik AKRAB, yang baharu diubahsuai di Tingkat 5, Wisma Bernama.
Melihat pemandangan yang menjadi ‘wall paper’ bilik itu, sudah dapat menimbulkan ketenangan.
Elok sangat bagi terapi minda yang menjadi pendekatan pasukan AKRAB Bernama.
Semalam, rombongan AKRAB Jabatan Perangkaan yang melawat Bernama turut meninjau Bilik AKRAB.
Tentu sahaja mereka tidak melepaskan peluang untuk bergambar seolah-olah berada di tepi pantai.
Ada yang berseloroh untuk membawa pancing dan goggle bagi bergambar.
Yang menarik ialah pemandangan tepi pantai itu merupakan pilihan majoriti.
Para anggota AKRAB Bernama seramai 14 orang diminta membuat pilihan daripada beberapa pemandangan yang dimuat-naik dalam WhatsApp kumpulan itu.
Inilah faedahnya media sosial itu kerana keputusan dapat dibuat dengan cepat.
Setelah diputuskan foto pemandangan yang dipilih, ukuran dibuat untuk menentukan sebesar mana ruang dinding yang diperlukan.
Kalau kena gaya, boleh dijadikan studio foto bagi mereka yang berkunjung ke Wisma Bernama.








No comments:

Post a Comment