Thursday 6 September 2018

Hujan Ribut di Makkah



Daripada Haji Shamsudin Puteh

Setelah genap tiga minggu berada di Makkah, pada kira-kira pukul 8.30 malam waktu tempatan (1.30 pagi waktu Malaysia), hujan mencurah disertai rebut.
Ia lebih kurang sama kencangnya seperti yang berlaku ketika jemaah haji berkhemah di Arafah kira-kira dua minggu lepas.
Para jemaah yang baru selesai menunaikan solat isyak, bertempiaran lari untuk mengelak daripada lencun dan ditimpa kotak serta kepingan papan yang berterbangan.
Alhamdulillah! Udara terasa sejuk sedikit dan hilanglah keadaan berdebu sejak sekian lama.
Hujan lebat perkara biasa di negara kita, tetapi di sini ia sesuatu yang jarang berlaku. 
Maka tidak hairanlah ada penduduk tempatan yang kelihatan seronok bermain hujan. 
Bagaimanapun, saya sendiri agak ralat kerana rancangan hendak ke Tanaem untuk miqat bagi menunaikan umrah, terpaksa ditangguh.
Perancangan Allah perlu diterima dengan reda.
Tentu ada hikmah di sebaliknya.
Hujan ribut selama kira-kira setengah jam itu bagaimanapun sedikit sebanyak mengubat rinduku kepada suasana di Malaysia setelah sekian lama berada di Tanah Suci ini.

No comments:

Post a Comment