Saturday 15 September 2018

Bahang Bernama Gembo-Gembo Run semakin terasa...


Keriangan terhadap Bernama Gembo-Gembo Run 2018 (BGR) semakin terasa apabila pek perlumbaan (race pack) mula dikeluarkan di lobi Wisma Bernama pagi ini.
Selain baju T, pek itu mengandungi nombor perlumbaan peserta.
Seramai 801 peserta termasuk 172 petugas Bernama mendaftar untuk perlumbaan ketika pendaftaran ditutup secara rasmi semalam.
Acara itu yang julung kali diadakan akan berlangsung di Taman Botani Negara, Shah Alam pada 22 September ini bermula 7.30 pagi.
Pengurus Pemasaran Foto, Farhan Mustafa  berkata jumlah penyertaan adalah menggalakkan memandangkan acara itu pertama kali diadakan bagi meningkatkan penjenamaan Bernama.
“Saya amat berpuas hati dan saya bangga dengan team Pemasaran Foto yang kecil ini dapat menjayakan program sebegini, tahniah pada team Pemasaran Foto
“Program ini dirangka juga bagi membantu pelanggan berpotensi untuk adakan larian sebegini
“ Dan ia boleh membantu menjana pendapatan Bernama kelak
“Persediaan yang kami buat melibatkan bahagian seperti Pengurusan Harta, Bernama News Channel (BNC) dan Bernama Radio untuk bersama menjayakan program ini…kami telah mengadakan mesyuarat pada Khams lepas,” katanya.
Katanya, sokongan rakan strategik juga memainkan peranan yang besar.
“Di antara rakan strategik ialah Mekar Subur AV Sdn Bhd, MForce Bike Holdings, PARISIGN, Evanda Sdn Bhd, Pusat Pakaian Hari-Hari, 100Plus isotonic drink, Nikon Malaysia, MYTV, The Chicken Rice Shop, Yakult, Gardenia, Sports Event House, Shopee, PG Mall, Sani Canopy, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Polis Diraja Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),” katanya.
“Persiapan berjalan lancar untuk menjayakan acara ini, insyaAllah,”katanya.
Acara terbahagi kepada:
·         Fun Run 5km  Dewasa (13 tahun ke atas)
·         Fun Run 5km  Kanak-kanak (9 hingga 12 tahun)
·         Fun Run 5km  Pelajar
e  Pek perlumbaan itu akan juga diserahkan pada 21 September ini di Taman Botani antara 12 tengah hari hingga 6 petang dan antara 6 pagi hingga 7 pagi pada hari perlumbaan, 22 September di Taman Botani.







No comments:

Post a Comment