Friday 29 June 2018

Thank you Rita...

Having regarded Bernama as her second home, retiring Media & Database Service Senior Manager Rita Gomez admits of being sad to leave the organisation.
“I love this place…Bernama is an organisation with a heart,” says Rita who turns 60 on July 4.
She attended her last Management Committee meeting at Wisma Bernama today with Bernama CEO Datuk Zulkefli Salleh presenting her a letter of appreciation for her dedication.   
Rita will cherish the continuous stint of 24 years and six months in Bernama, having seen and became part of its transformation into a multi-platform media entity.
She had started much earlier in Bernama as a customer service executive at Bernama AP-Dow Jones - Telerate in June 1984.  
“I was one of the first three commercial staff,” she said.
In December 1989, Rita left for a short stint at MPC Sdn Bhd before joining INC Sdn. Bhd, a subsidiary of Tabung Haji from June 1991 to December 1993.
She was back in Bernama as Product Manager from January 1994 and retiring now as Senior Manager - Media & Database Service.
Rita said she will devote more time to gardening and lots of social work during her retirement.
Asked about her advice to her staff, she said: “Give your best to the organisation.”


Tuesday 12 June 2018

'Ábang Mat' kagum dengan Bernama...


Pertama kali berkunjung ke Bernama, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berasa kagum dapat melihat operasi agensi berita nasional ini secara dekat.
Beliau yang berada kira-kira dua jam di Wisma Bernama hari ini mengetahui bagaimana berita dan maklumat disampaikan selain diwawancara menerusi radio serta wartawan Bernama.
“Kami dahulu berita tak begitu banyak disiarkan…tapi tak apalah, itu biasa dalam perjuangan.
“Tapi sekarang dapat berada di tempat nadi berita, saya amat berbangga berada di sini," katanya.    
Menurutnya, beliau bangga dan gembira dengan sambutan yang diterimanya daripada warga Bernama.
“Kakitangannya begitu mesra sekali seolah-olah telah lama berkenalan,”kata Mohamad yang turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut minggu ini.
Beliau ternyata popular di kalangan warga Bernama dan ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengannya.
Bagi penyunting Bahasa Malaysia, Encik Shamsudin Puteh, beliau kerap terjumpa Mohamad di Restoran Thaqwa di Sri Gombak.
“Ayat pertama beliau apabila terpandang saya ialah: "Ni dok kerap jumpa. Macam mana ada tang ni pulak?," kata Shamsudin dalam catatannya di Facebook.
“Ternyata, beliau tetap mudah mesra dan mudah didekati walaupun dah jadi Menteri. Ramai petugas di sini mengambil kesempatan bergambar dengan beliau. Kalau lawan undi populariti, beliau tentu sukar untuk dikalahkan,” katanya.













Program Ziarah Ramadan Bernama..

Program Ziarah Ramadan BERNAMA mengunjungi Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan, Kampung Manggis di Banting hari ini.
Seramai 40 anak yatim berusia antara 7 hingga 15 tahun dari rumah kebajikan itu diberi sumbangan barangan keperluan harian termasuk makanan.
Sebanyak 300 bahan bacaan untuk kempen galakan membaca juga diberikan kepada golongan asnaf, Orang Asli dan anak-anak pelarian Rohingya.
Ketua Pengarang Datuk Zakaria Abdul Wahab dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Datuk Mokhtar Hussain menyertai program berkenaan.



Monday 11 June 2018

Berita bahasa Tamil kembali di BNC


Berita berbahasa Tamil akan kembali bersiaran di Bernama News Channel (BNC) mulai hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh berkata ia akan bersiaran pada pukul 7 malam dengan siaran ulangan pada 12.30 tengah malam.
Beliau yang juga Pengarah Urusan BNC berkata semua persiapan dari segi teknikal dan kakitangan telah dibuat sejak dua minggu lalu bagi membolehkan berita Bahasa Tamil itu kembali bersiaran selepas dihentikan pada tahun 2015.
Unit Berita Bahasa Tamil akan diketuai oleh K. Ghandi, kata beliau dalam satu kenyataan.
Datuk Zulkefli berkata persiapan bagi menyiarkan semula berita  Bahasa Mandarin pula sedang giat dijalankan, dan tarikh siaran akan diumumkan kemudian.
Ketika membuat kunjungan sulungnya ke ibu pejabat Bernama pada 28 Mei lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo meminta agensi itu menyiarkan semula berita dalam bahasa Tamil dan Mandarin menerusi saluran BNC.
Saluran Bernama News Channel boleh ditonton di Astro 502, Unifi tv 631, MYTV 121 dan juga di seluruh dunia melalui laman sesawang www.bernama.com dan Youtube.
-- BERNAMA

Thursday 7 June 2018

Abdul Rahman dilantik TKP Audio-visual

Ketua Editor Tugasan Bernama News Channel (BNC) Haji Abdul Rahman Ahmad dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Audio-visual berkuatkuasa 4 Jun.
Beliau menerima surat pelantikan daripada Ketua Pengarang Datuk Zakaria Wahab hari ini.
Dengan pelantikan itu, Abdul Rahman akan mengetuai BNC dan Bernama Radio.
Turut menyaksikan penyerahan surat pelantikan itu ialah tiga Timbalan Ketua Pengarang sedia ada: Datuk Mokhtar Hussain (Perkhidmatan Berita Dalam Negeri), Datin Rohana Mustafa (Perkhidmatan Berita Ekonomi) dan Ahmad Zukiman Zain (Perkhidmatan Berita Antarabangsa).
Pengarah Operasi BNC Hakimi Zuffrida Mohd Zain dan Ketua Pegawai Operasi Bernama Radio Azlan Idris turut hadir.
Abdul Rahman bersyukur atas pelantikannya itu dan berazam melaksanakan tugas dengan  bertanggungjawab.
“Saya ucap jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Bernama terutamanya CEO Bernama Datuk Zulkefli Salleh atas kepercayaan yang diberikan kepada saya.
”The promotion means more responsibilities and challanges which I am looking forward to for the betterment of Bernama.
“Thanks to Bernamaians for your support and cooperation all the time,” he said.




'Sepatu Raya' Benita ceriakan sambutan Aidilfitri anak-anak yatim


Persiapan Aidilfitri bagi 35 penghuni Asrama Anak Yatim dan Asnaf Baitul Rahmaniah (BaiRah) Rasa, Selangor nyata meriah dan ceria apabila mereka berpeluang memilih kasut raya di kedai kasut Bata, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur hari ini.
Kegembiraan jelas terpancar pada wajah mereka kerana kos kasut dibiayai hasil sumbangan para petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan penyertaan orang awam menerusi program 'Sepatu Raya' anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bernama (Benita).
Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab yang turut hadir menyokong usaha berkenaan bersama-sama melayan gelagat anak-anak yatim yang berusia lima hingga 18 tahun itu memilih kasut raya mereka.
Zakaria berkata program yang masuk tahun ke-11 itu membuktikan keprihatinan kakitangan Bernama dan Benita yang komited menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) serta bermurah hati menyumbang bagi menjayakan program itu saban tahun.
"Menerusi program ini, kami dapat lihat anak-anak ini gembira dan meriah memilih kasut. Ia adalah matlamat kami agar dapat sama-sama menceriakan sambutan Hari Raya mereka," katanya.
Penghuni asrama anak yatim itu, Siti Nor Hawa Terdin,18, berkata dia amat gembira kerana memiliki kasut baharu sebagai pelengkap keperluan untuk sambutan Hari Raya tahun ini.
"Saya seronok sebab baju sudah ada dan hari ini dapat kasut baharu warna kuning kemerah-merahan. Memang puas hati dapat pilih sendiri dan kasut itu kena dengan cita rasa saya selain selesa dipakai," katanya.
Pengerusi Benita Datin Rohana Mustafa berkata tahun ini merupakan tahun kesembilan kerjasama persatuan itu dengan pihak Bata sementara penganjuran program yang masuk kali ke-11.
Beliau berkata pada tahun ini sambutan program amat menggalakkan dan mendapat jumlah kutipan tertinggi iaitu sebanyak RM9,000 selain kerjasama Bata yang memberikan harga diskaun menarik bagi pembelian kasut raya berkenaan.
"Selain kasut, wang sumbangan program ini juga diberi sebagai duit raya dan perbelanjaan rumah anak yatim berkenaan," katanya yang berharap aktiviti tahunan itu dapat diteruskan dengan lebih cemerlang pada masa akan datang.
-- BERNAMA