Tuesday 12 June 2018

'Ábang Mat' kagum dengan Bernama...


Pertama kali berkunjung ke Bernama, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berasa kagum dapat melihat operasi agensi berita nasional ini secara dekat.
Beliau yang berada kira-kira dua jam di Wisma Bernama hari ini mengetahui bagaimana berita dan maklumat disampaikan selain diwawancara menerusi radio serta wartawan Bernama.
“Kami dahulu berita tak begitu banyak disiarkan…tapi tak apalah, itu biasa dalam perjuangan.
“Tapi sekarang dapat berada di tempat nadi berita, saya amat berbangga berada di sini," katanya.    
Menurutnya, beliau bangga dan gembira dengan sambutan yang diterimanya daripada warga Bernama.
“Kakitangannya begitu mesra sekali seolah-olah telah lama berkenalan,”kata Mohamad yang turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut minggu ini.
Beliau ternyata popular di kalangan warga Bernama dan ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengannya.
Bagi penyunting Bahasa Malaysia, Encik Shamsudin Puteh, beliau kerap terjumpa Mohamad di Restoran Thaqwa di Sri Gombak.
“Ayat pertama beliau apabila terpandang saya ialah: "Ni dok kerap jumpa. Macam mana ada tang ni pulak?," kata Shamsudin dalam catatannya di Facebook.
“Ternyata, beliau tetap mudah mesra dan mudah didekati walaupun dah jadi Menteri. Ramai petugas di sini mengambil kesempatan bergambar dengan beliau. Kalau lawan undi populariti, beliau tentu sukar untuk dikalahkan,” katanya.













No comments:

Post a Comment