Tuesday 18 September 2018

Datuk Zakaria umum persaraan...


Ketua Pengarang Datuk Zakaria Abdul Wahab akan bersara mulai Sabtu ini setelah berkhidmat selama 38 tahun dengan Bernama.
“Hari Jumaat ini hari akhir saya sebagai Ketua Pengarang,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat penyelarasan mingguan Bernama petang ini.
Katanya, beliau turut memaklumkan perkara itu pada mesyuarat Lembaga Bernama pagi ini serta mengucapkan terima kasih kepada Bernama dan para petugas Bernama.
Beliau dilantik sebagai Ketua Pengarang pada 9 Disember 2014 dan disambung kontrak setahun apabila bersara wajib pada tahun lepas.
“Jumaat ini cukup 38 tahun saya berkhidmat dengan Bernama termasuk 11 tahun dengan pejabat Perdana Menteri.
“Saya berkhidmat dari tak kahwin hinggalah nak bercucu dengan Bernama,” katanya yang menganggap Bernama sebagai rumah pertama.
“Apabila ada kepuasan, walaupun 38 tahun tapi masanya rasa sekejap..saya rasa macam baharu semalam,” katanya.
“Saya amat puas hati, tak ada rasa ralat atau sedih.
“Rindu tu mestilah ada because more than half of my life is with Bernama,” kata Datuk Zakaria, yang genap 61 tahun Sabtu ini.
I’m very happy to see Bernama transformed from the time I joined as a reporter on 1st July 1980…,” he said.
Menurutnya, seorang anggota lembaga Bernama memberitahu mesyuarat hari ini bahawa Bernama telah berjaya menunjukkan kehebatan untuk bergerak dari agensi berita berasaskan teks kepada berita berbentuk digital.
“Malah Bernama dikatakan mengatasi pihak-pihak lain dalam mempelbagaikan berita multimedia,” kata Datuk Zakaria.
“Kita tengok menteri-menteri dan Perdana Menteri mengikuti berita kita,” katanya.
Beliau berharap para pelapis akan meneruskan usaha untuk memajukan Bernama.
Datuk Zakaria juga berkata minat orang ramai untuk melihat ‘visual’ menjadikan permintaan tinggi bagi ‘videographer’.
“Apabila pergi assignment, videographer ini terus boleh merancang dalam fikirannya untuk merakam sama ada bagi digunakan di Facebook, Instagram, TV, twitter dan sebagainya,” katanya.
“Jurufotografi harus menuju ke arah itu…begitu juga dengan wartawan yang perlu memikir dengan cepat untuk membuat berita seperti dari sudut ekonomi, TV…,” katanya.
Datuk Zakaria berkata beliau akan meneruskan “passion” terhadap kerja dalam aktiviti yang akan dilakukan selepas bersara termasuk fotografi dan tweeting.  

No comments:

Post a Comment