Wednesday 5 September 2018

Orang berbudi, kita berbahasa...



Daripada Haji Shamsudin Puteh di Makkah


Sejak menginap di hotel di sini, setiap pagi iaitu selepas solat subuh pada 4.45 pagi, ramai wanita menjual makanan untuk sarapan seperti nasi lemak, nasi himpit, bihun, nasi kerabu, pulut ikan masin dan sebagainya.
Kebanyakan mereka berketurunan Melayu Pattani yang bermastautin di Makkah. Oleh kerana hotel tidak menyediakan sarapan, maka ramailah jemaah yang menjadi pelanggan peniaga sambilan itu.
Setelah lebih dua minggu di sini, kebanyakan peniaga berkenaan sudah mesra dengan jemaah.
Daripada sekian ramai tu, seorang peniaga amat mesra dengan saya kerana menjadi pelanggannya setiap pagi.
Orangnya petah berbahasa Melayu Pattani, walaupun anak-anak yang membantunya berniaga, hanya tahu berbahasa Arab.
Pagi ini dia memberi kejutan kepada saya kerana katanya dia tidak mahu menjual nasi lemak kepada saya.
Risau juga kalau-kalau ada perbuatan atau percakapan saya yang membuat dia marah.
Bagaimanapun, lega rasanya apabila dia berkata dia tak mahu jual kepada saya sebab dia nak belanja saya hari ni.
Bukan setakat itu saja, dia beri lima bungkus lagi nasi kerabu untuk isteri dan kawan-kawan sebilik dengan saya.
Alhamdulillah! Dia berterima kasih dan sebak apabila saya berdoa di depannya agar Allah memberi rahmat dan memurahkan lagi rezekinya kerana kemurahan hatinya itu. Ya. Manusia jahat dan berhati mulia ada di mana-mana!


No comments:

Post a Comment