Tuesday 18 September 2018

Hanya mampu tengok...


Ramai yang bertanya apabila Editor Perkhidmatan Berita Dalam Negeri (PBDN) Haji Noor Hammad Wariman mencatatkan ayat ringkas “Hanya mampu tengok” pada ruangan Facebooknya.
“…langkah pendek,” katanya terhadap pertanyaan daripada seorang kenalan.
“Biasanya langkah panjang tapi bulan ni terhad sikit...,” katanya.
Apabila seorang lagi bertanya: “Tengok apa boss Che Mad?”.
Hammad menjawab: “ ..tengok FB aja la.”
Pewarta Bernama di Jakarta Shukri Ishak turut mengajukan soalan sama mengenai apa yang beliau maksudkan.
“Tengok FB dan tv aja…pergerakan terhad, minor operation Khamis lalu,” katanya.
Mengetahui keadaan itu, ramai yang mendoakan beliau cepat sembuh.
Dalam perbualan menerusi WhatsApp kemudian, Haji Hammad mengucapkan terima kasih atas doa mereka terhadap kesihatannya.
“Alhamdulillah berkat doa semua…26 Sept nanti ada prosedur STO...insya-Allah seminggu lepas tu dapat berjalan seperti biasa,” katanya.
STO ialah terma perubatan untuk Suture-To-Off yang difahamkan untuk membuang jahitan.
Katanya, beliau menjalani pembedahan ke atas tapak kaki kanan ”to remove callus, an area of hard and thickened skin”.
Pembedahan itu perlu dibuat untuk mengelak “derita berpanjangan”, katanya yang sabar dan berfikiran positif mengharungi ujian itu.
Menurutnya, antara yang paling mencabar ialah ketika hendak mandi kerana perlu membalut kakinya itu.


No comments:

Post a Comment