Sunday 16 September 2018

Gembira sambut hari lahir dengan negara...

Hari lahir Pegawai Tadbir Sumber Manusia Nor Azira Mansor amat istimewa kerana seluruh negara bercuti.
Ini kerana Nor Azira atau Zeera berkongsi tarikh lahir dengan pembentukan negara yang disambut sebagai Hari Malaysia, hari ini.
“Tentulah gembira kerana tiap-tiap tahun sambut hari lahir sama dengan birthday Malaysia… paling best bila kerajaan umum tarikh penubuhan Malaysia jadi public holiday.,” katanya.
Zeera meraikan hari lahirnya “di awang-awangan” dengan minum petang bersama keluarga di Menara Kuala Lumpur.
Malah, ia merupakan sambutan berganda bagi Zeera kerana beliau dan suami Fitri Afiq Mohd meraikan ulangtahun ke-lima perkahwinan mereka semalam.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nina Yasmin, 3 tahun.
“Saya dah 29 tahun hari ni .. setakat ini azam saya sebelum umur 30 banyak yang saya dah capai…Alhamdulillah.
Birthday kali ni cukup dengan saya diberi kesihatan yang baik, murah rezeki, dapat besarkan anak saya dengan baik
“Di samping itu, dapat baiki ruang-ruang dalam diri ke tahap lebih baik dan lebih matang lepas ni, sebab tahun depan saya dah 3 series …,” katanya.
Setelah tujuh tahun berkhidmat dengan Bernama, Zeera berkata banyak yang dipelajarinya bukan setakat kerja tetapi juga kehidupan.
“Saya rasa Bernama paling istimewa sebab saya masuk dari bawah…gred 27 dulu sebelum saya 41 sekarang.
“... banyak benda saya belajar kat Bernama tidak hanya pasal bidang tugas, pasal life pun ada juga.
“Selain tugas hakiki saya di HR, paling penting bila management percaya kepada saya untuk berada sama-sama dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan sebagai pencatat minit.
“Tugas paling mencabar dan susah sebab saya kena belajar pasal semua department.
“Satu usaha yang tidak ternilai, amanah yang saya pikul.. maklumat sulit dan paling penting juga tulisan saya tidak boleh salah maksud apabila saya tulis minit mesyuarat,” katanya.

  

No comments:

Post a Comment