Wednesday 19 September 2018

AKRAB Bernama buat pembentangan anugerah kebangsaan...



AKRAB Bernama mendapat pengiktirafan Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) apabila disenaraikan bagi pemilihan Anugerah AKRAB kategori organisasi dan individu sempena Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam ke-23 tahun ini.
Pengurus Kanan Jabatan Akaun dan Kewangan Puan Sharifah Zaini Syed Zain selaku Timbalan Pengerusi AKRAB Bernama dan Pengurus InfoLibNews Puan Hasnita Ibrahim, Setiausaha AKRAB Bernama telah membuat pembentangan akhir mengenai AKRAB Bernama di bahagian JPA itu semalam.
Sebanyak 21 organisasi dijemput untuk membuat pembentangan masing-masing yang berdurasi selama tiga minit.
Sebelas organisasi termasuk Bernama membuat pembentangan semalam manakala 10 lagi hari ini.
Bagi anugerah individu, seramai 31 orang termasuk Puan Hasnita telah disenaraikan untuk membuat pembentangan masing-masing, juga selama tiga minit.
Bernama adalah calon tunggal dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Tiga kategori dinilai bagi anugerah organisasi dan individu.
Bagi organisasi, tiga kategori yang dipertandingkan ialah Gemilang, Inovatif dan Dinamik manakala bagi individu adalah Utama, Bistari dan Proaktif.   
Para pemenang akan diumumkan pada persidangan itu yang dijangka diadakan pada 9 dan 10 Oktober ini. Ia dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Psikologi JPA. 
“Ada keyakinan untuk organisasi tetapi individu tinggi persaingannya,” kata Puan Hasnita hari ini.



No comments:

Post a Comment