Thursday 20 September 2018

Khidmat Datuk Zakaria disambung...

Perkhidmatan Datuk Zakaria Abdul Wahab sebagai Ketua Pengarang Bernama dilanjutkan selama tiga bulan lagi.
Beliau memaklumkan perkembangan itu dalam pesanan melalui WhatsApp pagi ini.
“Assalam dan selamat sejahtera semua, terima kasih atas ucapan persaraan dan kata-kata baik untuk saya. Bagaimanapun, saya hendak memaklumkan perkhidmatan saya sebagai Ketua Pengarang BERNAMA telah dilanjutkan sedikit iaitu selama tiga bulan lagi. Makluman ini saya perolehi malam tadi sahaja. Yang demikian saya masih bersama saudara semua untuk tempoh itu. Maaf atas ‘pemberitaan’ tidak rasmi yang saudara semua perolehi sebelum ini. Tk,” katanya.
Dua hari lepas, Datuk Zakaria mengumumkan bahawa beliau akan bersara mulai Sabtu ini setelah berkhidmat selama 38 tahun dengan Bernama.
“Hari Jumaat ini hari akhir saya sebagai Ketua Pengarang,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat penyelarasan mingguan Bernama.
Datuk Zakaria, yang genap 61 tahun Sabtu ini, dilantik sebagai Ketua Pengarang pada 9 Disember 2014 dan disambung kontrak setahun apabila bersara wajib pada tahun lepas.


No comments:

Post a Comment