Thursday 13 September 2018

Pertemuan mesra rakan se-Bernama…


Penyunting Perkhidmatan Berita Dalam Negeri (PBDN) Haji Shamsudin Putih, yang masih berada di Makkah, tidak menyangka berpeluang bertemu dengan seorang  petugas Bernama dari Kota Baharu, Kelantan petang semalam.
“Saya sedang merangka sebuah catatan dari Tanah Suci di lobi hotel selepas Asar. Tiba-tiba dengar orang beri salam: "Assalamualaikum Abe Din."
Agak terperanjat juga kerana ada orang yang tahu nama saya, sedangkan orangnya tak pernah saya jumpa di maktab sama sepanjang sebulan di sini.
Apabila sahabat tadi bertanya sama ada saya terjumpa rakan lain dari Bernama yang mengerjakan haji tahun ni seperti saudara Razman, saudara Azeman dan beberapa orang lagi, terus saya yakin, dia tentulah orang Bernama juga.
Selepas beberapa ketika cuba mencari siapakah gerangan sahabat ini, akhirnya teringatlah saya kepada saudara Leman, staf Bernama dari Kota Baharu yang menjadi rakan FB.
Saudara Leman ialah Haji Sulaiman Husin, eksekutif IT di Biro Kelantan.
"Selepas itu, kami berbual sedikit sebanyak tentang pengalaman menunaikan ibadah haji," kata Haji Shmasudin.
"Menurut saudara, Leman, yang tinggal di hotel berdekatan dengan tempat penginapan saya, dia datang dengan pakej swasta.
Menurut saudara Leman, yang akan bersara setahun dua lagi, dia bersyukur kerana dapat menunaikan haji semasa masih dalam perkhidmatan.
Walaupun pertemuan kami hanya seketika cuma kerana masing-masing perlu bergegas ke masjid untuk solat maghrib, namun kemesraan sebagai rakan se-Bernama, tetap terasa,” kata Haji Shamsudin.


No comments:

Post a Comment