Thursday 20 July 2017

Wisma Bernama jadi pilihan ....

Saudara Azhar Mohd Isa dari Jabatan Kewangan dan Akaun tidak berfikir panjang apabila mendapat tahu ruang Tingkat 10 Wisma Bernama dibuka untuk sewaan kepada orang ramai bagi mengadakan majlis keramaian.
“Saya terus berjumpa Bahagian Harta untuk memohon mengadakan majlis perkahwinan anak saya,” katanya yang gembira dapat membuat tempahan itu tahun lepas.
Beliau mula mengedarkan kad jemputan bagi majlis perkahwinan puteri sulungnya Nur Farah Azhar dengan jejaka idamannya Saiful Nuur Azni Mohamad yang akan diadakan pada 29 Julai ini.
“Parking senang, lokasi mudah di Jalan Tun Razak dan ruang selesa,” katanya memberikan sebab Wisma Bernama menjadi pilihan beliau dan isterinya Usni Mahmud.
“Lagipun belum tentu dapat kalau nak sewa dewan DBKL,” kata Azhar yang telah berkhidmat dengan Bernama selama 24 tahun.
Beliau berkata mengadakan majlis di Wisma Bernama juga dapat mengelakkannya daripada memasang khemah di  kawasan rumah yang akan menyulitkan jiran tetangga.
“Majlis ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan keluarga tetapi saya berharap akan juga menjadi tempat reunion dengan kawan-kawan sekolah rendah dan menengah dan jiran-jiran tempat tinggal lama yang saya jemput,” kata Azhar, 53, yang pernah berkhidmat dengan DBKL sebelum menyertai Bernama.


No comments:

Post a Comment