Konvoi Jelajah 1 Jiwa Bernama tiba di Melaka petang ini dalam kembara yang dijadualkan berakhir esok.
Konvoi bertolak dari Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Johor Bahru pada pukul 10 pagi dan singgah makan di Restoran Kari Kambing 40 Hari yang terkenal di Yong Peng.
Ketibaan mereka di pejabat Bernama Melaka di Taman Ayer Keroh Permai disambut oleh ketua biro Fadzli Ramli.
"Tentunya gembira bila ada yang datang melawat...selamat datang ke Melaka," kata Fadzli.
"Kita harap jelajah ini akan berterusan pada tahun-tahun mendatang dan kami mengucapkan terima kasih kepada penganjur kerana sudi melawat anggota-anggota veteran Bernama di Melaka," katanya.
Para peserta konvoi bermalam di Melaka dan dijadualkan singgah di Biro Negeri Sembilan di Seremban sebelum mengakhiri program konvoi itu di Wisma Bernama esok."Kita harap jelajah ini akan berterusan pada tahun-tahun mendatang dan kami mengucapkan terima kasih kepada penganjur kerana sudi melawat anggota-anggota veteran Bernama di Melaka," katanya.
No comments:
Post a Comment