Bekas editor Abdul Rahman Yeop Norodin yang lebih dikenali sebagai 'Roger' ternyata gembira apabila konvoi Jelajah 1 Jiwa Bernama berkunjung ke rumahnya di Dungun hari ini.
Katanya, beliau berbesar hati dengan kedatangan mereka yang membuatnya teringat waktu lama-lama semasa di Bernama.
"Yang mana kenal saya lagi, Alhamdulillah...terima kasihlah," katanya
"Ëncik Roger teruja dengan kunjungan Jelajah 1 Jiwa Bernama...beliau gembira sangat," kata Ketua Biro Bernama Terengganu Zalina Maizan Ngah.
Pengurus Pemasaran Foto Farhan Mustafa, yang berkhidmat di bawah Roger semasa editor Otai itu mengetuai NAM News Network (NNN) setelah bersara daripada Bernama, begitu gembira bertemu bos lamanya.
Beliau turut berswafoto dengan Roger yang kini berusia 67 tahun.
"Saya rasa sangat seronok setelah tujuh tahun tidak berjumpa...Encik Roger pun nampak seronok," kata Farhan.
"Beliau masih sama macam dulu suka bergurau...berjenaka bersama kami semua," katanya.
Farhan berkata beliau adalah petugas pertama NNN bersama Roger, yang merupakan pengarah perintis NNN.
"Waktu itu pejabat masih belum siap dan hanya saya dan Encik Roger sahaja.
"Selepas beberapa bulan renovation bermula dan saya hanya bekerja di atas meja bulat waktu itu,"kata Farhan.
Peneraju program Amrizan Madian juga gembira dapat bertemu Roger dalam usaha konvoi itu menjejaki para veteran Bernama untuk berkongsi kegembiraan sambutan ulangtahun ke-50 Jubli Emas Bernama.
No comments:
Post a Comment