Thursday 13 July 2017

Bernama sertai kembara amal ke Makkah...

Bernama News Channel (BNC) akan menyertai program Kembara Inspirasi Haji 2017 selama 40 hari ke Makkah melalui jalan darat meliputi 10 negara.
Antara negara yang akan dijelajah ialah Malaysia, Thailand, Laos, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi.
Kembara sejauh 16,000 kilometer itu bermula di penghujung benua Asia -- Tanjung Piai, Johor.
Empat kenderaan pacuan empat roda dengan 16 peserta akan merentasi 10 negara itu dan melaksanakan tanggungjawab sosial (CSR) di setiap destinasi yang disinggah. 
Ketua Editor Tugasan BNC Abdul Rahman Ahmad dan jurukamera Ahmad Shahuri Mat Jan akan menyertai ekspedisi itu.
FujiFilm Malaysia menaja kamera digital bagi kegunaan BNC.  Kamera Digital FujiFilm X-T2 menjadi pilihan kerana ia dapat merakam video serta gambar berkualiti tinggi. 
Majlis menandatangani memorandum persefahaman antara FujiFilm dengan Bernama berlangsung di  Wisma Bernama hari ini.
Ia ditandatangani Pengarah Urusan FUJIFILM (M) Sdn Bhd Yoshi Nakamura dan Ketua Pegawai Operasi BNC Hakimi Mohd Zain.
Turut hadir Pengurus Pemasaran FUJIFILM Kelvin Ooi dan Abdul Rahman.



No comments:

Post a Comment