Peneraju program Amrizan Madian berkata konvoi bertolak dari biro Bernama Perlis pada pukul 10.30 pagi dan sampai di Gerik, Perak pada pukul 2 petang.
Lebuhraya itu menghubungkan Gerik dengan Jeli di Kelantan.
Konvoi 15 buah motosikal berkuasa tinggi yang berlepas dari Wisma Bernama di Kuala Lumpur Sabtu lepas, turut disertai empat kereta.
Di Perlis, konvoi itu menyertai program Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyantuni asnaf di surau Kampung Benta, Sanglang, semalam.
Ketibaan mereka di Kampung Benta dari Kedah disambut Ketua Biro Bernama Perlis, Zainal Abdul Jalil dan staf biro berkenaan.
Amrizan turut memberi penerangan kepada Jemaah surau mengenai program konvoi yang julung kali diadakan.
Tuanku Syed Faizuddin turut mendengar penerangan dan menunaikan sembahyang maghrib bersama para peserta.
Sebelum meneruskan perjalanan ke Kelantan pagi ini, Amrizan melahirkan kesyukuran kerana pengguna jalan raya memberi laluan sehingga perjalanan konvoi lancar.
“Kami dijangka tiba di Kelantan petang ini dan akan bertemu beberapa orang bekas pesara Bernama di negeri itu untuk menyampaikan sumbangan sebelum meneruskan perjalanan ke Terengganu dan Pahang,” katanya. Dalam catatan pukul 10 malam ini, Amrizan berkata berkat doa semua, konvoi selamat tiba di Kota Bharu.
No comments:
Post a Comment