Tuesday 18 July 2017

Ridzuan akhiri zaman bujang...

Penolong Pengurus Pusat Kecemerlangan Bernama Ridzuan Mohd Ghazali senyum gembira ketika menghulurkan kad jemputan perkahwinannya dengan ‘buah hati’ yang menuntut di universiti sama di Amerika Syarikat.
“Kami berkenalan ketika belajar di Temple University, Philadelphia…dia junior saya tetapi kami sebaya,” kata Ridzuan yang menuntut di universiti itu dari tahun 2009 hingga 2012.
Walaupun lama berkenalan, hubungan mereka mula serius dua tahun lepas sehingga membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga.  
Majlis akad nikah Ridzuan dan Amiratul Nadiah Hasan akan berlangsung di Senawang Exhibition Convention Centre (SECC) pada 29 Julai ini.
Keluarga Ridzuan pula akan mengadakan majlis meraikan perkahwinan itu di Dewan Masjid Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) pada 5 Ogos 2017.  
Öf course saya gembira tapi perlu belajar tanggungjawab bukan sahaja terhadap dia seorang tetapi keluarganya juga…kena faham tanggungjawab, baru dapat membina keluarga bahagia,” kata Ridzuan, 27.
Bakal isterinya sedang melanjutkan pelajaran pada peringkat PhD dalam Ekonomi Islam di International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF).
Ridzuan, lulusan sains aktuari (actuarial science), berkata beliau meminati matematik untuk belajar tetapi bukan sebagai kerjaya. 
Beliau telah berkhidmat hampir lima tahun dengan Bernama.
“Bernama bagi saya, sentiasa memberi peluang kepada petugas untuk kembangkan potensi diri.
“Contohnya saya sebagai penulis, sentiasa diberi dorongan oleh semua pihak di Bernama.
“Nilai itu yang membuatkan saya sayang untuk meninggalkan tempat ini, lagipun budaya di sini macam keluarga,” katanya.    

No comments:

Post a Comment