Sunday 23 July 2017

Melakar memori di Masjid Shadian ...

Ketua Editor Tugasan Bernama News Channel (BNC) Abdul Rahman Ahmad, yang sedang menyertai Kembara Inspirasi Haji 2017, tiba di Shadian dalam wilayah Yunnan di China yang mempunyai penduduk majoriti Muslim. 
Beliau berkongsi foto ketika berada di masjid besar Shadian -- The Grand Mosque of Shadian, yang merupakan antara masjid terbesar di China.
Ia boleh memuatkan sehingga 10,000 orang.
Kembara anjuran Pertubuhan Kembara Amal (#PeKA) akan mengharungi perjalanan sejauh 16,000 kilometer meliputi 10 negara bermula  17 Julai lepas.
BNC akan menerbitkan 13 episod dokumentari mengenai perjalanan itu yang dijangka mengambil masa 35 hari sebelum tiba ke Tanah Suci. 
Abdul Rahman diiringi jurukamera Ahmad Shahuri Mat Jaan.

No comments:

Post a Comment