Konvoi Jelajah 1 Jiwa Bernama mendapat suntikan semangat apabila Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memuji usaha Bernama itu termasuk dalam menghargai para petugas veteran.
Para peserta konvoi bertemu Datuk Seri Ahmad Bashah di pejabatnya di Wisma Darul Aman semasa singgah di Alor Setar dalam hari ketiga program itu yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-50 Jubli Emas Bernama.
Peneraju program Amrizan Madian berkata jelajah hari ini bermula apabila mereka bertolak dari tempat penginapan Heritage Lodge ke Padang Kota pada pukul 8 pagi sebelum ke tanah besar menaiki feri.
Konvoi kemudian menuju pusat pengedar MForce yang merupakan antara penaja program Jelajah 1 Jiwa Bernama.
“Selepas itu, kami bertolak ke Kedah untuk sama-sama menghadiri rumah terbuka Biro Bernama Kedah di Alor Star.
“Sebaik tiba di biro Kedah pada 12.30 tengah hari, kami dihidangkan dengan masakan nasi buluh gulai kari daging serta ulam-ulaman.
Mereka disambut oleh Ketua Biro Zabidi Ishar dan para petugas biro.
Mereka disambut oleh Ketua Biro Zabidi Ishar dan para petugas biro.
“Kami menyampaikan sumbangan kepada veteran Bernama, Encik Che Saad Nordin, Alias Putih, Zulkafly Ibrahim, Nazri Ahmad dan Mansor Bahrom,” kata Amrizan.
Para peserta konvoi telah berkunjung ke rumah Mansor, 64, yang merupakan jurufoto Bernama sebelum bersara.
"Saya ucapkan terima kasih atas kedatangan tuan-tuan dan sumbangan yang diberikan kepada saya," katanya.
Beliau tidak dapat berdiri lama akibat sakit saraf.
Che Saad, 67, menerima sumbangan di pejabat biro Bernama.
Beliau yang masih berkhidmat sebagai pemberita daerah Baling mengucapkan terima kasih atas kehadiran konvoi.
Zulkafly pula tidak dapat hadir dan mewakilkan anaknya Ashraf pada majlis itu.
Para peserta konvoi telah berkunjung ke rumah Mansor, 64, yang merupakan jurufoto Bernama sebelum bersara.
"Saya ucapkan terima kasih atas kedatangan tuan-tuan dan sumbangan yang diberikan kepada saya," katanya.
Che Saad |
Mansor |
Beliau yang masih berkhidmat sebagai pemberita daerah Baling mengucapkan terima kasih atas kehadiran konvoi.
Zulkafly pula tidak dapat hadir dan mewakilkan anaknya Ashraf pada majlis itu.
Konvoi kemudian bergerak ke Wisma Darul Aman untuk berjumpa Menteri Besar.
“MB berasa bangga dengan Program Jelajah 1 Jiwa dan mendoakan agar ia berjaya.
“Beliau mengharapkan para peserta mengutamakan keselamatan sepanjang jelajah itu.
“Beliau juga kagum dengan usaha Bernama untuk meraikan veteran-veteran Bernama di seluruh negara,” kata Amrizan.
Datuk Seri Ahmad Bashah turut menggamatkan suasana apabila beliau menunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi yang menyertai konvoi itu
No comments:
Post a Comment