Friday 21 July 2017

Solat Jumaat di bandar Lampang...

Para peserta lelaki Kembara Inspirasi Haji (KIH), yang kini berjumlah tujuh orang, menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Falah di bandar Lampang yang terletak dalam perjalanan mereka ke sempadan Thai-Laos
Mereka disambut baik oleh jemaah masjid yang turut menawarkan makanan seperti kuih kochi dan donut selepas menunaikan solat.
Daripada raut wajah, kelihatan kebanyakan meteka berdarah kacukan Pakistan selain terdapat rakyat Indonesia dan Myanmar
Ada di kalangan mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
Bagi khatib masjid, Omar Yusufi, 85 tahun, bertugas di masjid itu penuh bermakna.
Beliau yang berhijrah ke situ dari Bangkok sejak 40 tahun lalu turut menyampaikan khutbah Jumaat yang menyentuh mengenai pentingnya umat Islam hidup berpandukan ajaran sunni dan elak terpengaruh dengan fajaman lain.
Beliau yang mengajar agama dan al Quran kepada kanak kanak berkata masjid berusia lebih 100 tahun itu akan diperbesarkan bagi membina tempat pengajian al-Quran dan kelas agama. 
Setakat ini konvoi sudah mencatatkan perjalanan sejauh 2,460km dan Jumaat sahaja 800km.

Catatan Abdul Rahman Ahmad


No comments:

Post a Comment