Lagu jenaka ‘Tak Tun Tuang’ yang
mencetuskan fenomena setelah tular di media sosial menggamat lobi Wisma Bernama pagi ini dengan
kemunculan penyanyinya Upiak Isil.
Penyanyi dari Sumatera Barat itu diwawancara
dalam segmen ‘Siapa Tu’ program NINE11 sebelum menyanyikan lagu hit tersebut
pada akhir rancangan terbitan Bernama News Channel.
Upiak tidak menyangka lagu yang
dihasilnya pada 2014 menjadi popular selepas seorang peminatnya memuat naik
lagu itu dalam laman sosial baru-baru ini.
Lagu hasil nukilan Upiak, atau nama
asalnya Silvia Nanda, 32, yang berbentuk jenaka dan menghiburkan itu telah ditonton di YouTube oleh lebih sejuta
penonton sejak video tersebut diviralkan dua minggu lepas.
“Saya
telah menghasilkan 19 buah album sejak aktif menyanyi ketika berusia 13
tahun dari kampung ke kampung...tidak sangka hanya lagu dalam album ke-14 ini menjadi popular,”
kata anak sulung daripada tiga beradik yang berasal dari Padang, Sumatera Barat.
Lagu itu dihasilkan pada 2014
bersama-sama rakannya Ardi Tanjung yang bermain gitar.
Ia menceritakan kisah lawak mengenai
seseorang yang tidak mandi.
Upiak berkata ‘Tak Tun Tuang’ tidak
mempunyai apa-apa makna melainkan ungkapan untuk menghiburkan.
Bagaimanapun, dalam satu wawancara lain, Upiak menyatakan 'Tak Tun Tuang' itu ibaratnya bunyi gendang yang mengiringi lirik lagu itu.
Bagaimanapun, dalam satu wawancara lain, Upiak menyatakan 'Tak Tun Tuang' itu ibaratnya bunyi gendang yang mengiringi lirik lagu itu.
Menurutnya, lanjutan daripada populariti lagu
itu, beliau telah menghasilkan lagu baharu yang mempunyai lirik antara lain: ”Aku
sudah mandi…”
Untuk masa depan, Upiak berhasrat menghasilkan
lagu yang lebih kelakar kerana beliau seronok (enjoy) dengan lagu
sedemikian.
Selain Indonesia dan Malaysia, lagu itu turut
mendapat perhatian di Thailand.
Di sebalik populariti lagu itu yang turut dijadikan 'cover' oleh beberapa penyanyi Malaysia, ada kisah duka sehinggakan Upiak menitis air mata menceritakannya dalam wawancara dengan sebuah program hiburan televisyen Malaysia.
"Perjuangan untuk membuat lagu ini sangat banyak...saya terpaksa kumpul wang, pinjam wang orang untuk terbitkan lagu, sewa studio...
"Tahu-tahu apabila sudah siap, ada yang cetak diam-diam," kata Upiak yang bersyukur dengan kejayaan yang dicapai menerusi lagu itu.

No comments:
Post a Comment