Sunday 5 November 2017

Bernama Juara Media Explore Hunt 2017 MAHB

Pasukan Media Bernama dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menjuarai Media Explore Hunt 2017 anjuran Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB).
Pasukan yang dianggotai Shaharom Ahmad, Zaharin Md Noor, Abu Bakar Mohamed dan Suzianna Zarei itu mengalahkan pasukan juara bertahan Kereta Buruk daripada Utusan Malaysia yang terdiri daripada Rozaman Ismail, Wan Tajuddin Ismail, Mohd Zabidi Osman dan Kherul Nazib Mahmud.
Tempat ketiga dimenangi 'I Wanna Ride My Bicycle' dari RTM dan Media Prima.
Ketiga-tiga pasukan ini merupakan pemenang acara ini pada tahun lepas.
Shaharom berkata mereka mula menyertai pertandingan pencarian harta karun ini sejak 2008.
"Ketika itu, kami hanya menduduki tempat 20 teratas atau 10 teratas tetapi bermula beberapa tahun kebelakangan ini kami berjaya menempatkan diri dalam kedudukan lima teratas.
"Tahun lepas, kami menduduki tempat kedua dan tahun ini kami berjaya mengalahkan juara bertahan," katanya kepada Bernama selepas menjuarai Media Hunt Explorer 2017, semalam.
Terdahulu, peserta dilepaskan Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali di ibu pejabatnya di Sepang semalam.
Sebanyak 47 kereta bersama 176 peserta menyertai pertandingan pencarian harta karun ini hingga ke Kuala Terengganu.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment