Sepasukan
petugas dari Ibupejabat digerakkan segera ke Pulau Pinang bagi membersihkan
pejabat biro Bernama yang dilanda banjir paling buruk dalam sejarah negeri itu.
Pegawai Tadbir Bahagian Harta, Shahrul Azim Rambli berkata mereka bergotong
royong membasuh, mengemas dan membaiki sendiri kesan banjir tersebut.
“Kontraktor
nak charge kita 6k (RM6,000), so kita buat sendiri,” katanya mengenai kerja
pembersihan itu yang melibatkan petugas dari Bahagian Harta, pemandu, aset serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Selain
Shahrul, para petugas itu ialah Md Noor Osman (Harta), Noor Hafifee Nasir (Harta), Idris Abd Rani (Pemandu),
Auzan Ayub (TMK), Noor Akma Azira (Aset) dan dibantu saudara Azhar dari
Bahagian TMK, Biro Kedah.
“Kami
bergerak dari Bernama jam 9.30 pagi semalam dan sampai ke destinasi pada jam
3.30 petang,” katanya.
Kesukaran
yang dihadapi untuk kerja pembersihan itu termasuk barang yang terlampau banyak di pejabat itu.
“Kami
terpaksa mengalihkan yang berat untuk mengeluarkan semua karpet yang ada…
“Risikonya
kami terpaksa matikan semua cable utama bekalan elektrik untuk memeriksa
satu-satu bagi memastikan agar tiada cable yang rosak kerana khuatir akan ada
litar pintas,” kata Shahrul.
“Karpet
tak boleh diselamatkan, berbau busuk dan dah tak boleh dibasuh.
“Untuk
operasi sementara, kami terpaksa keluarkan karpet dan basuh lantai agar pejabat
Biro dapat beroperasi buat sementara waktu,” katanya.
Beliau
berkata kerja pembersihan dijangka mengambil masa dua hari setengah.
“Sampai
esok, maybe petang kami dah balik Bernama,” katanya.
Menurut
Shahrul, ada cadangan agar pejabat biro itu, yang berada dalam kawasan banjir, berpindah
segera.
Ketua Biro, Sharifah Nurliza
Syed Mohammad berkata beliau “lega sangat-sangat” dengan kehadiran para petugas
dari ibu pejabat itu untuk membantu kerja pembersihan.
Beliau tidak menolak kemungkinan
banjir akan berulang kerana kawasan itu memang kawasan banjir.
“Hujan lebat, kat depan dah
naik air,” katanya.
No comments:
Post a Comment