Thursday 16 November 2017

Perhebat mahu jalin kerjasama dengan Bernama

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) mahu menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dalam aspek perkongsian maklumat mengenai perbadanan itu.
Pengerusi Perhebat Left Jen (B) Datuk Seri Abdul Aziz Ibrahim berkata banyak kejayaan yang telah dicapai Perhebat namun, tidak semuanya diketahui umum.
"Jika adanya kerjasama dengan Bernama, Perhebat berharap maklumat tentang pencapaiannya dapat disalurkan dengan meluas kepada umum," katanya.
Terdahulu, beliau mengetuai rombongan Perhebat melawat Wisma Bernama hari ini.
Kunjungan mereka disambut oleh Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh, Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abd Wahab dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Datuk Mokhtar Hussain.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment