Sistem
biometrik pengimbas ibu jari akan diperkenalkan tahun depan mengganti kad
perakam waktu bagi mencatatkan kedatangan petugas ke pejabat.
Bahagian
Sumber Manusia berharap sistem biometrik ‘thumb
print’ itu akan mengatasi masalah kad perakam waktu diketip oleh
rakan pejabat.
Perkara
itu dinyatakan pada mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang dipengerusikan
Pengurus Besar Datuk Zulkefli Salleh di Wisma Bernama pagi ini.
Pihak
Kesatuan Pekerja-pekerja Bernama (KPPB) diketuai Yang di-Pertuanya Zaharin Mat
Noor, yang dipilih semula untuk tempoh 2017-2019 pada mesyuarat agungnya
September lepas.
Mesyuarat
juga dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia telah berbincang dengan Unit
Pemasaran Foto berhubung cadangan kesatuan supaya diwujudkan semula Pas Kakitangan Bernama.
Unit
tersebut telah membuat permohonan membeli mesin percetakan memandangkan ia
sentiasa membuat road show.
Sekiranya
diluluskan, mesin itu boleh digunasama oleh Bahagian Sumber Manusia untuk
melaksanakan cadangan pas berkenaan yang telah dipersetujui pada mesyuarat MBJ yang
lepas pada bulan Julai.
Bahagian
Sumber Manusia akan juga melaksanakan Sistem Sumber Manusia yang komprehensif tahun depan dengan mengintegrasi dan mengautomasi semua proses kerja pengurusan berkaitan supaya lebih efisien dan dinamik.
Ia dapat menyediakan satu sistem sumber maklumat yang terbuka dan fleksibel serta kemaskini bagi memenuhi keperluan pengurusan Bernama.
Secara amnya ia berkaitan urusan seperti permohonan cuti, pengambilan petugas, prestasi tata tertib, tuntutan elaun lebih masa, Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), perubatan, insuran, peperiksaan dan pengurusan gaji.

Antara
perkara lain yang disentuh dalam mesyuarat itu ialah perlunya diwar-warkan
kemudahan ‘Bilik Penyusuan Ibu’ yang disediakan di tingkat 1, Wisma Bernama.
Bilik
itu telah dilengkapi dengan sofa serta pintunya bercermin gelap (tinted) bagi
keselesaan pengguna.
Keadaan
kantin yang mempunyai pengurusan baharu juga dibincangkan dengan kesatuan berharap
pengusahanya diminta untuk mengurangkan masin bagi makanan yang disediakan.
Sebelum mesyuarat berakhir, Bendahari KPPB Mohd Hanafiah Omar menyampaikan serangkap pantun:
Pelangi cantik di tepi gunung,
Puteri memetik bunga di taman,
Kesatuan dan pengurusan tetap sebumbung,
Semoga berkekalan sepanjang zaman.

No comments:
Post a Comment