Wednesday 8 November 2017

Taklimat LNPT...

Bahagian Sumber Manusia hari ini menganjurkan taklimat bagi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) kepada Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK).
Taklimat bertujuan memberi panduan kepada para pegawai yang berperanan sebagai PPP dan PPK berhubung kaedah penilaian dan pemarkahan LNPT.
Pengurus Besar Datuk Zulkefli Salleh turut menghadiri taklimat selama dua jam itu di Pusat Kecemerlangan, Tingkat 12, Wisma Bernama.
Bahagian Sumber Manusia berharap taklimat itu dapat melancarkan urusan LNPT di Bernama.
Ia juga memaklumkan bahawa markah minimum Pegawai Yang Dinilai (PYD) bawah 75 peratus sepertimana diputuskan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) akan dirujuk kepada AKRAB.
Daripada pemerhatian Bahagian Sumber Manusia selaku urusetia LNPT, kesilapan biasa yang dilakukan oleh PPP/PPK ialah memberikan markah LNPT terlalu tinggi dan tidak selari dengan prestasi kerja yang ditunjukkan oleh PYD.
Ketelusan Pegawai Penilai juga menjadi isu di mana PYD tidak dimaklumkan markah bagi tujuan memperbaiki prestasi
Ada juga pemarkahan dipengaruhi faktor emosi membabitkan hubungan antara ketua dengan staf.
Seperkara lagi yang dikenalpasti ialah pemberian markah tidak selari dengan justifikasi syor yang diberikan.
Ada juga yang bertanyakan mengenai dasar pemisah yang merupakan tindakan menamatkan perkhidmatan dan membersarakan pegawai yang berprestasi rendah daripada perkhidmatan awam. Nilaian prestasi tahunan yang kurang daripada 60 peratus dianggap prestasi rendah.
Antara ‘tips’ yang boleh digunakan oleh PPP dan PPK ialah menentukan petunjuk prestasi yang bersesuaian mengikut konsep SMART terhadap PYD. (Specific, measureable, achieveable, realistic dan  timebound).
Dari segi pemberian markah, hendaklah tidak terlalu bersifat lenient atau sebaliknya.
Setiap PPP/PPK tidak harus mengambil jalan mudah dengan memberi markah dalam lingkungan pertengahan sahaja.
Mereka juga harus lebih berani mendedahkan pencapaian prestasi terhadap PYD bagi tujuan memperbaiki prestasi.
Yang penting juga ialah PPP dan PPK tidak harus bersifat pilih kasih dalam membuat penilaian terhadap PYD.


No comments:

Post a Comment