Saturday 4 November 2017

Bernama-TNB jalin hubungan mesra di padang bola....

Menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini, Bernama dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengadakan perlawanan persahabatan bolasepak di Padang Kilat, Kompleks Sukan TNB, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur pagi ini.
Acara itu merupakan antara usaha TNB mempertingkatkan hubungan baik dengan media.
Dalam perlawanan seumpama ini, keputusan permainan tidaklah begitu penting kerana yang lebih utama ialah semangat kesukanan serta persahabatan.
Bagi Bernama, kesempatan untuk menggabungkan para petugas dari pelbagai jabatan dan bahagian bagi membentuk pasukan merupakan kejayaan tersendiri.
Biarpun tidak sehebat pertarungan yang dijangka antara Kedah dan Johor Darul Ta'zim di Stadium Shah Alam, para pemain Bernama dan TNB mempamerkan kelincahan masing-masing.  

No comments:

Post a Comment