Pensyarah
Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran UMT yang juga Ketua Seatru, Dr Mohd
Uzair Rusli berkata pemasangan peranti satelit pada ‘Nur
Bernama’ membolehkan pergerakan haiwan itu dipantau setiap hari sehingga
tempoh enam bulan.
Seterusnya
usaha itu dapat menarik minat dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap
pemuliharaan hidupan laut terutama penyu, katanya.
“Kita
boleh berkongsi data pergerakan Nur Bernama secara langsung kepada masyarakat
melalui siaran berita atau dokumentari terbitan Bernama.
“Melalui
itu, masyarakat akan mempunyai minat untuk mengikuti perkembangan haiwan
tersebut,” katanya kepada Bernama selepas sesi perbincangan dua hala antara
pihak universiti dan agensi berita berkenaan di Wisma Bernama hari ini.
Mohd
Uzair berkata kos pemasangan peranti satelit pada badan penyu berusia 25 tahun
itu dianggarkan bernilai RM30,000.
Dalam
pada itu, Editor Eksekutif Meja Berita Am, Perkhidmatan Berita Dalam Negeri
Bernama, Roslan Ariffin berkata pihaknya akan membantu UMT untuk mencari dana
dalam merealisasikan cadangan tersebut.
“Kita
akan cuba mencari dana antaranya menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak yang
boleh membiayai kos pemasangan peranti tersebut. Bukan sahaja kepada Nur
Bernama tetapi kepada penyu lain juga bagi membolehkan UMT memperoleh lebih
banyak data berkaitan penyu.
“Pada
masa ini, kita hanya dapat maklumat mengenai Nur Bernama selepas ia kembali ke
pantai contohnya tiga atau empat tahun sekali. Sekiranya peranti dipasang, kita
boleh tahu pergerakan haiwan itu setiap hari dan dapat menggalakkan rasa
kepunyaan kita terhadap Nur Bernama,” katanya.
Roslan
juga melahirkan rasa bangga kerana Bernama bukan sahaja menjadi media pertama
menjadikan penyu sebagai penyu angkat tetapi turut menjadi saluran media utama
yang akan meningkatkan kepekaan dan keprihatinan rakyat ke atas survival haiwan
tersebut.
Turut
hadir pada sesi perbincangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk
Zulkefli Salleh, Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab dan Naib
Canselor UMT Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar.
--
BERNAMA
No comments:
Post a Comment