Penyunting
Perkhidmatan Berita Dalam Negeri (PBDN) Haji Shamsudin Putih, yang masih berada
di Makkah, tidak menyangka berpeluang bertemu dengan seorang petugas Bernama dari Kota Baharu, Kelantan
petang semalam.
“Saya
sedang merangka sebuah catatan dari Tanah Suci di lobi hotel selepas Asar.
Tiba-tiba dengar orang beri salam: "Assalamualaikum Abe Din."
Agak
terperanjat juga kerana ada orang yang tahu nama saya, sedangkan orangnya tak
pernah saya jumpa di maktab sama sepanjang sebulan di sini.
Apabila
sahabat tadi bertanya sama ada saya terjumpa rakan lain dari Bernama yang
mengerjakan haji tahun ni seperti saudara Razman, saudara Azeman dan beberapa
orang lagi, terus saya yakin, dia tentulah orang Bernama juga.
Selepas
beberapa ketika cuba mencari siapakah gerangan sahabat ini, akhirnya
teringatlah saya kepada saudara Leman, staf Bernama dari Kota Baharu yang
menjadi rakan FB.
Saudara Leman ialah Haji Sulaiman Husin, eksekutif IT di Biro Kelantan.
Saudara Leman ialah Haji Sulaiman Husin, eksekutif IT di Biro Kelantan.
"Selepas
itu, kami berbual sedikit sebanyak tentang pengalaman menunaikan ibadah haji," kata Haji Shmasudin.
"Menurut
saudara, Leman, yang tinggal di hotel berdekatan dengan tempat penginapan saya,
dia datang dengan pakej swasta.
Menurut
saudara Leman, yang akan bersara setahun dua lagi, dia bersyukur kerana dapat
menunaikan haji semasa masih dalam perkhidmatan.
Walaupun
pertemuan kami hanya seketika cuma kerana masing-masing perlu bergegas ke
masjid untuk solat maghrib, namun kemesraan sebagai rakan se-Bernama, tetap
terasa,” kata Haji Shamsudin.
No comments:
Post a Comment