Daripada Haji Shamsudin Puteh di Makkah
Masjidil
Haram tidak pernah sunyi daripada dikunjungi jemaah walaupun sedetik.
Datanglah
pada masa mana sekalipun, tempat ini sentiasa hidup dengan nafas keimanan umat
Islam dari seluruh alam.
Sejak
pukul 2 pagi, aku berada di bangunan paling berkat dan ajaib di dunia ini,
tempat terletaknya Kaabah.
Antara
perkara yang tak mampu aku jelaskan dengan kata-kata ialah ketidakmampuanku
menahan sebak dan air mata setiap kali mula menatap Kaabah.
Ketika
hari mula membuka tabirnya selepas dini hari, aku datang lagi ke masjid ini
untuk mencari jawapan itu.
Namun,
tak juga aku temui.
Sebelum
berkumandang azan subuh hari ini, sempat aku abadikan rangkap berikut sebagai
coretan nubari insan yang lemah serba-serbi.
Doa Di Bumbung Keinsafan
Subuh
di Masjidil Haram
kelopak
iman mekar di taman hidayah
cahaya
keinsafan tertumpah di wajah jemaah
yang
bersimpuh di lantai kesyahduan
di
sini
aku
menghadapkan wajah diri
kepada
Allah Yang Maha Penyayang
untuk
mencurahkan kekesalan
atas
keterlanjuran dan kejahilan
yang
menodai laluan kehidupan
ketika
mabuk di telaga keduniaan
Ya
Allah
terimalah
aku sebagai tetamu
yang
datang dengan timbunan kesalahan
ampunilah
dosaku
terimalah
taubatku
sejahterakanlah
hidupku
dalam
naungan reda-Mu
--Shamsudin Puteh
Masjidil Haram
No comments:
Post a Comment