Ketua
Pegawai Operasinya, Azlan Idris berkata pihaknya tidak melihat kekurangan
frekuensi yang ada pada hari ini menjadi kekangan kepada stesen radio itu untuk
terus menyampaikan maklumat terkini dan tepat daripada luar frekuensi yang
sedia ada.
"Bernama
Radio sahaja mempunyai lebih 400,00 pengikut di media sosial termasuk di
Twitter, Facebook dan Instagram...jadi kita tingkatkan keupayaan kita dalam
mencapai pendengar itu bukan secara tradisional di ruang radio, tetapi mencapai
mereka melalui sosial media.
"Jadi
ini antara perkara kita cuba beri fokus untuk tahun ini khususnya dan menukar
bentuk itu menjadi lebih komersial," katanya ketika menjadi tetamu dalam
program Ruang Bicara bertajuk "Bernama Radio 11 Tahun Terus Relevan" terbitan Bernama News Channel (BNC) malam ini.
Turut
menjadi tetamu dalam program yang dihoskan Sherkawi Jirim itu ialah Ketua
Pegawai Eksekutif Bernama, Datuk Zulkefli Salleh.
Bernama
Radio yang ditubuhkan pada 2007 itu telah mempunyai empat siaran frekuensi
iaitu di Lembah Klang, Johor, Kuching dan Kota Kinabalu.
Azlan
berkata pihaknya akan menerbitkan program baharu bersama Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) dikenali SPRM
’360’ yang akan bersiaran setiap Sabtu mulai 22 Sept ini.
Program
selama dua jam bermula 10 pagi itu akan menyampaikan mesej mengenai pendidikan
antirasuah kepada masyarakat secara lebih meluas, katanya.
Sementara
itu, Zulkefli berkata beliau yakin Bernama Radio akan terus bersiaran dengan
memberi penerangan yang lebih efektif dan mempunyai idea-idea baharu yang
inovatif supaya menjadikan stesen radio itu terus didengari dan diminati
masyarakat.
"Kita
juga berharap Radio Bernama terus berkembang dengan menjadi rakan kepada
radio-radio nasional negara-negara ASEAN supaya maklumat dapat dicapai dengan
lebih cepat," tambahnya.
--
BERNAMA
No comments:
Post a Comment