Pilihan
Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson menemukan Ketua Biro Negeri Sembilan
Hisham Rafar dengan tiga bekas penyandang jawatan itu apabila mereka
bersama-sama terlibat membuat liputannya.
Editor
kanan Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Ahmad Shukran Shaharuddin menjadi
penyelaras liputan dengan dibantu Hisham, Razali Pilus serta wartawan Rhoma
Ahmad Razali dari ibu pejabat.
Shukran
menjadi ketua biro di Seremban antara 2005 hingga 2007, Rhoma 2012-2014 diikuti
Razali pada tahun 2015 dan 2016 sebelum diambil-alih oleh Hisham sehingga
sekarang.
“Kami
bercerita sikit masa era pentadbiran masing-masing….dari segi liputan berita,
kawan-kawan yang masih ada ketika tiga ketua biro sebelum saya,” kata Hisham
mengenai pertemuan mereka semalam.
“Petugas
teknikal Shariffudin Ali Basha kata dia pernah berkhidmat dengan semua ketua
biro itu,” katanya.
Ada
yang kongsi foto mereka dalam WhatsApp kumpulan BernamaNS dan Facebook.
“Seronok
juga lah boleh rakam moment yang sekali datang macam ni..saya, Shukran dan Rhoma
adalah anak jati Pahang,” kata Hisham.
Pejabat
biro Seremban sekarang terletak di Jalan Sri Rahang 1, Seremban.
Ramai
wartawan Bernama telah diberikan kepercayaan untuk menjadi ketua biro Negeri
Sembilan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zulkefli Salleh dan Editor
Eksekutif Perkhidmatan Berita Antarabangsa Ahmad Fuad Yahya sejak biro itu
dibuka pada 1 Julai 1970.
Menurut
Shukran, ketika beliau berkhidmat di Seremban, ofis Bernama terletak di tingkat
8, sebuah bangunan di Jalan Datuk Bandar Tunggal.
“Bangunan
tu sebelah BSN dan Maybank…malam malam ngeri masa nak naik opis.
Walaupun
tidak pernah diganggu, “tapi memang horror opis tu…orang lain saya tak tahu,” kata
Shukran.
“Bayangkan
bangunan 10 tingkat ada dua orang saja kat situ, saya dan seorang Pak Guard bangsa India yang berumur,” katanya.
Shukran
berkata satu peristiwa yang tidak boleh dilupakan semasa bertugas di negeri itu ialah ketika menunggu seorang
pemimpin negeri memberi kenyataan selepas digantung keanggotaannya daripada
parti.
“Tunggu
depan rumah dia tengah panas, bergilir dengan Razali.
“Akhirnya
dia bagi seorang wartawan dari Kuala Lumpur sahaja yang masuk atas urusan kawan dan bukannya sebagai press.
“Semua
press di NS kena scoop big time termasuk wartawan akhbar itu sendiri di Seremban,” katanya.
Shukran
berkata pengajaran yang diperolehinya daripada peristiwa itu ialah “hubungan
dan sentuhan peribadi akan membolehkan kita mendapat berita yang lebih baik daripada
sekadar liputan biasa-biasa sahaja”.
Pagi ini tumpuan diberikan kepada bandar tentera tepi laut itu apabila proses penamaan
calon bagi PRK itu diadakan.
Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 Oktober ini sebagai hari mengundi manakala 9
Oktober sebagai hari pengundian awal.
Hisham
berkata sembilan orang termasuk dua jurufoto akan membuat liputan PRK itu yang
diadakan selepas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, dari Pakatan Harapan mengosongkan kerusi itu pada
12 September lepas.
Tindakan
itu bertujuan memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang baru-baru
ini menang tanpa bertanding sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat, bertanding bagi
kembali ke Dewan Rakyat.
Pada
Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu
dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk
V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.
Parlimen
Port Dickson memiliki 75,770 pemilih berdaftar dengan 68,468 orang adalah
pemilih biasa, 7,268 pemilih awal dan 16 orang pemilih tidak hadir luar negara.
No comments:
Post a Comment