Kejayaan
Bernama Gembo-Gembo Run 2018, yang julung kali dianjurkan Sabtu lepas, terus
diperkatakan hari ini dengan harapan ia akan menjadi acara tahunan.
Ketua
Pengarang Datuk Zakaria Abdul Wahab berkata beliau amat berpuas hati dengan penyertaan
orang ramai terutama para petugas Bernama yang ada antara mereka menjadikan acara itu sebagai
aktiviti keluarga.
“Ramai
yang datang dengan anak-anak dan saya sendiri begitu gembira berlari dalam
acara itu…mungkin kerana ia adalah hari lahir saya,” katanya ketika
mempengerusikan mesyuarat penyelarasan mingguan Bernama petang ini.
“Sepertimana
yang saya nyatakan semasa ditemuramah hari itu, elok jika acara tersebut
diadakan setiap tahun,” kata Datuk Zakaria.
Beliau
menyatakan penghargaan kepada pasukan Pemasaran Foto di bawah pimpinan
pengurusnya, Farhan Mustafa yang telah mengendalikan acara itu bagi meningkatkan penjenamaan Bernama.
Tempat
acara itu penuh dengan peserta yang mencecah 1,000 orang, kata Datuk Zakaria mengenai
sambutan menggalakkan untuk larian itu.
Acara berlangsung di Taman Botani Negara, Shah Alam.
Farhan,
yang hadir pada mesyuarat itu, berkata acara berkenaan dianjurkan tanpa mendapat bajet daripada Bernama tetapi dibiayai daripada kerjasama dengan rakan-rakan
strategik.
“Saya
sudah menerima dua, tiga panggilan yang berminat untuk sama-sama mengendalikan program ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment