Thursday, 27 September 2018

CEO baharu Bernama diumum minggu depan...

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Bernama akan diumumkan minggu hadapan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.
Beliau berkata nama individu tersebut telah diputuskan cuma menanti masa yang sesuai untuk diumumkan.
“Nama sudah ada, satu atau dua calon, kita kena tunggu…minggu depan kita umum,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan 328 pesara kementerian itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Sebelum ini, nama bekas Ketua Pengarang The Rocket, akhbar rasmi DAP, Wan Hamidi Hamid disebut-sebut sebagai individu yang akan dilantik ke jawatan itu oleh kerajaan.
Wan Hamidi yang juga Timbalan Pengarah Penyelidikan Kemajuan Sosial (REFSA), sebuah pusat pemikir DAP dijangka menggantikan Datuk Zulkefli Salleh yang akan bersara selepas kontraknya tamat minggu depan.
Pagi ini, Datuk Zulkefli mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bernama – mesyuarat bulanan itu merupakan yang terakhir baginya sebelum bersara.
Turut hadir Ketua Pengarang Datuk Zakaria Abdul Wahab yang disambung kontrak perkhidmatannya selama tiga bulan sehingga 22 Disember ini.

No comments:

Post a Comment