AKRAB
Bernama mendapat pengiktirafan Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) apabila disenaraikan bagi pemilihan Anugerah AKRAB
kategori organisasi dan individu sempena Persidangan Psikologi Perkhidmatan
Awam ke-23 tahun ini.
Pengurus
Kanan Jabatan Akaun dan Kewangan Puan Sharifah Zaini Syed Zain selaku Timbalan
Pengerusi AKRAB Bernama dan Pengurus InfoLibNews Puan Hasnita Ibrahim,
Setiausaha AKRAB Bernama telah membuat pembentangan akhir mengenai AKRAB
Bernama di bahagian JPA itu semalam.
Sebanyak
21 organisasi dijemput untuk membuat pembentangan masing-masing yang berdurasi
selama tiga minit.
Sebelas organisasi termasuk Bernama membuat pembentangan semalam manakala 10 lagi hari ini.
Bagi
anugerah individu, seramai 31 orang termasuk Puan Hasnita telah disenaraikan
untuk membuat pembentangan masing-masing, juga selama tiga minit.
Bernama
adalah calon tunggal dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Tiga kategori dinilai bagi anugerah organisasi dan individu.
Bagi organisasi, tiga kategori yang dipertandingkan ialah Gemilang, Inovatif dan Dinamik manakala bagi individu adalah Utama, Bistari dan Proaktif.
Tiga kategori dinilai bagi anugerah organisasi dan individu.
Bagi organisasi, tiga kategori yang dipertandingkan ialah Gemilang, Inovatif dan Dinamik manakala bagi individu adalah Utama, Bistari dan Proaktif.
Para pemenang akan diumumkan pada persidangan
itu yang dijangka diadakan pada 9 dan 10 Oktober ini. Ia dianjurkan oleh Bahagian
Pengurusan Psikologi JPA.
“Ada keyakinan untuk organisasi tetapi individu tinggi persaingannya,” kata Puan Hasnita hari ini.
No comments:
Post a Comment