Syarikat minyak Petron dan Bernama mengadakan perlawanan boling persahabatan hari ini bagi mengeratkan silarurrahim dan kerjasama.
Seramai 40 peserta termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Zulkefli Salleh dan Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zakaria Abdul Wahab menyertai pertandingan yang diadakan di Kiara Super Bowl, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort.
Petron diwakili antara lain oleh Ketua Hal Ehwal Korporat Zaimi Harun dan Ketua Perniagaan Komersial Choong Kum Choy.
Zaimi berkata tujuan utama penganjuran pertandingan persahabatan itu bagi membina hubungan baik dengan Bernama yang telah sekian lama menyokong Petron.
"Menerusi pertandingan ini, kami ingin membina 'networking' dengan Bernama dan kami juga berharap dapat menganjurkan program seperti ini dengan lebih kerap serta melihat bentuk kerjasama yang boleh dilakukan pada masa depan," katanya.
Zulkefli pula mengucapkan tahniah kepada Petron kerana menganjurkan pertandingan itu selain menekankan kepentingan semua individu terutama petugas Bernama untuk terlibat dalam aktiviti sukan demi kesihatan dan bersosial.
"Saya berharap pertandingan persahabatan ini akan terus diadakan pada masa depan," katanya.
Pertandingan boling persahabatan antara Petron dan Bernama itu pertama kali dianjurkan pada 2016.
Bernama muncul juara bagi kategori berkumpulan dan individu lelaki manakala tempat pertama kategori individu wanita dimenangi Petron.
Team Bernama yang menjuarai kategori berkumpulan ialah pasukan Quatro Amigos dianggotai Mohd Irwan Mustafa, Abdul Halim Hafiz, Mohd Noor Atan dan Mohd Faiz.
Naib Juara: OK SERIUS dianggotai Hamdanawal, Amarul Nakhim, Zaharin Md Noor dan Ahmad Zuber Nordin.
Tempat ketiga pula RADIO BURUK mengandungi Shahfie, Mohd Yusof, Baharudin dan Mohd Fahmi Idris.
Bagi kategori Individu Lelaki High Series, Abdul Halim Hafiz muncul juara dengan 528 jatuhan pin, Zaharin kedua (505) dan Baharudin (500).
Tempat pertama dan kedua Individu High Series Wanita dimenangi peserta Petron manakala Azlina Aziz muncul tempat ketiga dengan 398 jatuhan pin.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment