Sejak
diuji dengan penyakit Bell’s Palsy, Editor Foto Adnan Jahaya bercuti sakit di
rumahnya di Kangar untuk mudah menjalani rawatan di hospital.
Rumahnya
di Taman Bukit Kayangan, Kangar terletak di pinggir Bukit Besi Hangit.
“Setiap
pagi saya melihat bukit ini dari halaman rumah sambil bersarapan sebagai terapi
mata saya.
“Pagi
ini, saya rasa amat kehilangan apabila bukit itu tiada lagi di hadapan mata
akibat kabus tebal.
“Saya
merasa seperti berada di lereng Mount Titlis di Switzerland,” katanya mengimbau
kenangan semasa melawat Eropah.
“Saya
masih sakit Bell’s Palsy dan memerlukan rihat sedikit masa lagi akibat
kelumpuhan muka selain mata tiba-tiba kabur
“Saya
kena Bell's Palsy sejak 1 Sept semasa perjumpaan
keluarga di Kota Tinggi.
“Saya balik jalani rawatan di Perlis sebaik kejadian.
“Sehingga
kini saya menerima rawatan fisioterapi dua kali seminggu di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
“Saya
juga jalani pemeriksaan tekanan darah selang sehari.
“Selain
tu, saya buat rawatan akupunktur dan urut tradisional.
“Alhamdulillah
keadaan bertambah baik.
“Saya
dah boleh bertutur walaupun separuh muka alami lumpuh…Cuma proses menghidupkan
wajah agak lambat dan mulut masih senget.
“Kesan
Bell’s Palsy juga menjadikan mata saya kabur dan perlu jalani rawatan di klinik
pakar mata hospital dan sebuah klinik swasta di Alor Setar.
“Saya
akan jalani pemeriksaan imbasan otak di hospital pada 25 Sept ini..
“Benarlah
kata orang, kita hanya menghargai kesihatan setelah kita sakit,” katanya dalam
catatan WhatsApp.
Beliau
mendoakan agar rakan-rakan menjaga kesihatan kerana “kos menjaga sihat adalah
amat murah berbanding menjaga sakit.”
“Saya
mengalami sakit yang dianggap tidak memudaratkan, namun saya merasa sengsara kerana
mengabaikan kesihatan disebabkan keghairahan bekerja.
“Bell's
Palsy boleh berlaku tanpa amaran dan tanpa diketahui punca sebenarnya.
“Namun
berdasarkan beberapa fakta yang boleh dikaitkan dengan kerjaya termasuk berada
terlalu lama dalam kesejukan hawa dingin dan stres yang berpanjangan dan keterlaluan.
“Penyakit
ini menjadi pembunuh ekspresi dan saya kehilangan senyuman dan tawa. “Dalam keadaan begini agak
kurang sesuai untuk bekerja dan berdepan dengan
ramai orang.
“Selain
itu mata yang kabur mengganggu tugas.
“Langkah
terbaik ialah berehat secukupnya kerana kadang-kadang Bell's Palsy boleh sembuh
dengan sendirinya.
“Bagi
saya adalah lebih baik berusaha untuk sembuh dan tidak menunggu kesembuhan itu
hadir dengan sendirinya,” kata Adnan yang mengucapkan terima kasih kepada
rakan-rakan yang mendoakan kesihatannya.
Walaupun
bercuti sakit, beliau mengikuti perkembangan di pejabat menerusi WhatsApp
kumpulan.
Ketika
“perbualan” mengenai tajaan penyu rancak dalam WhatsApp kumpulan itu pada
Khamis lepas, Adnan turut memberi komen dengan menyatakan: “Ayuh kita selamatkan penyu”.
Beliau
turut berkongsi foto yang dirakam 10 tahun lalu.
“Lebih
10 tahun lalu saya lepaskan penyu ni ke laut di Pulau Sipadan. Kalau ia masih
hidup pasti saiznya kini sebesar nyiru
“Semasa
itu saya menyertai Ops Pasir di perairan Sabah. Program menghargai penyu
sebahagian daripada kegiatan Ops Pasir yang diadakan selepas peristiwa serangan
di Pulau Sipadan.
"Zaman
tu saya tengah sihat…sekarang hanya tinggal kenangan,” kata Adnan.
No comments:
Post a Comment