Haji Shamsudin bersama Izaz Khan |
Cari
teh halia dan nasi lemak sotong yang lama dirinduinya.
Itulah
antara perkara awal yang akan dilakukan Haji Shamsudin Puteh selepas mendarat
di KLIA malam esok setelah 42 hari berada di Tanah Suci.
“Perkara
pertama yang ingin saya buat apabila tiba di KLIA ialah mencium cucu saya,
Faihanah, yang genap berusia setahun hari ini,” katanya dalam perbualan menerusi
Whatsapp petang ini.
Dari
KLIA, beliau dan keluarga mungkin terus ke kawasan kediamannya di Sri Gombak dan
singgah di Restoran Thaqwa yang ada menjual nasi lemak bungkus.
Kerinduannya
terhadap tanahair yang begitu meruntun rasa dinukilkan beliau dalam catatan di
Facebooknya hari ini.
“Kelibat
hidangan nasi lemak, roti canai, lontong, nasi dagang, mihun dan mi goreng
serta pelbagai jenis kuih-muih dan teh halia sering terlintas di ingatan.
“Tapi
apa kan daya! Semuanya bayangan belaka.
“Kalau
ada pun, rasanya tersasar jauh dari harapan.
“Seperkara
yang pelik di sini, terutama di Makkah ialah roti canai atau nan dijual tanpa
kuah.
“Kalau
nak merasanya dengan dal atau kari, kenalah beli secara berasingan,” katanya.
Dalam
perbualan WhatsApp, Haji Shamsudin berkata kepulangan ke tanah air akan
mengubat rindu terhadap Malaysia yang merupakan
negara istimewa dan ibarat syurga makanan.
“Apa
pun, paling utama dapat berada semula di tanah air sendiri,” katanya.
Beliau
dan isteri Hajah Fauziah Md Saad serta 200 anggota jemaah Tabung Haji akan ke lapangan terbang pada 12.10 tengah
malam ini.
“Penerbangan
kami pukul 6 pagi waktu Saudi dan dijangka tiba di KLIA pada 7.40 malam waktu
Malaysia,” katanya yang menginap di Hotel Al Saha di Madinah.
Beliau
sempat berkenalan dengan pengurus hotel itu, Izaz Khan yang mendoakan agar Haji
Shamsudin dijemput lagi oleh Allah datang ke tanah suci.
“Kebetulan
pula hari ini hari terakhir saya di tanah suci ini….dia gembira apabila saya
mengucapkan selamat maju jaya kepada negaranya yang menyambut ulangtahun hari
kebangsaan ke-88 hari ini,” kata Haji Shamsudin.
“Izaz
kelihatan cukup bersemangat dengan sambutan itu dan beliau sendiri turut
membuat hiasan di hotel ini termasuk memasang banner dan memastikan perabut serta lampu di lobi hotel berada
dalam keadaan menarik,” katanya.
“Dia
juga memastikan semua petugas memakai selempang khas sempena sambutan itu,” katanya.
Inilah
antara pengalaman istimewa bagi Haji Shamsudin kerana walaupun tidak berpeluang
menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di tanahair pada tahun ini, beliau dapat
menyaksikan sambutan ulangtahun Arab Saudi.
“Ya…pengalaman
itulah yang mahal dan pada hari terakhir di sini pula,” katanya.
Menurutnya,
banyak pengalaman dan pengajaran berguna termasuk tentang kemanusiaan dan
kenegaraan diperolehi selama berada di negara itu.
“Negara
sendiri tetap istimewa. Antaranya kehijauan alam, sistem pentadbiran serta
aktiviti ekonomi yang pelbagai sifatnya.
“Paling
terasa, sistem pendidikan yang memberi penekanan kepada pembelajaran bahasa
Inggeris membolehkan rakyat Malaysia mudah berkomunikasi dengan manusia
daripada pelbagai negara.
“Di
sini, tak ramai pegawai kerajaan dan rakyatnya boleh berbahasa Inggeris, jadi
agak menyusahkan pengunjung yang tidak tahu berbahasa Arab.
“Saya hadapi banyak masalah dari segi ini….kalau tidak, banyak bahan boleh ditulis,” kata Haji Shamsudin yang saban hari membuat catatan di ruangan Facebooknya sejak tiba untuk menunaikan Haji di Tanah Suci.
No comments:
Post a Comment