Ini
kerana Nor Azira atau Zeera berkongsi tarikh lahir dengan pembentukan negara
yang disambut sebagai Hari Malaysia, hari ini.
“Tentulah
gembira kerana tiap-tiap tahun sambut hari lahir sama dengan birthday Malaysia… paling best bila kerajaan
umum tarikh penubuhan Malaysia jadi public
holiday.,” katanya.
Zeera
meraikan hari lahirnya “di awang-awangan” dengan minum petang bersama keluarga
di Menara Kuala Lumpur.
Malah,
ia merupakan sambutan berganda bagi Zeera kerana beliau dan suami Fitri
Afiq Mohd meraikan ulangtahun ke-lima perkahwinan mereka semalam.
Mereka
dikurniakan seorang anak perempuan Nina Yasmin, 3 tahun.
“Saya
dah 29 tahun hari ni .. setakat ini azam saya sebelum umur 30 banyak yang saya
dah capai…Alhamdulillah.
“Birthday kali ni cukup dengan saya
diberi kesihatan yang baik, murah rezeki, dapat besarkan anak saya dengan baik
“Di
samping itu, dapat baiki ruang-ruang dalam diri ke tahap lebih baik dan lebih
matang lepas ni, sebab tahun depan saya dah 3 series …,” katanya.
Setelah
tujuh tahun berkhidmat dengan Bernama, Zeera berkata banyak yang dipelajarinya
bukan setakat kerja tetapi juga kehidupan.
“Saya
rasa Bernama paling istimewa sebab saya masuk dari bawah…gred 27 dulu sebelum saya
41 sekarang.
“...
banyak benda saya belajar kat Bernama tidak hanya pasal bidang tugas, pasal life pun ada juga.
“Selain
tugas hakiki saya di HR, paling penting bila management percaya kepada saya untuk berada sama-sama dalam mesyuarat
Jawatankuasa Pengurusan sebagai pencatat minit.
“Tugas
paling mencabar dan susah sebab saya kena belajar pasal semua department.
“Satu
usaha yang tidak ternilai, amanah yang saya pikul.. maklumat sulit dan paling
penting juga tulisan saya tidak boleh salah maksud apabila saya tulis minit
mesyuarat,” katanya.
No comments:
Post a Comment