Ketua
Pengarang Datuk Zakaria Abdul Wahab, yang disambung perkhidmatannya selama tiga
bulan, hari ini diraikan sempena hari lahirnya yang ke-61.
Katanya,
beliau amat terharu dengan sambutan itu dan menganggap ia sebagai usaha meraikan
silaturahim di kalangan warga Bernama.
Dalam
ucapan ringkas, Datuk Zakaria, yang genap 61 tahun esok, turut memaklumkan
mengenai panggilan telefon yang diterimanya daripada Kementerian Komunikasi dan
Multimedia berhubung perkhidmatannya yang sepatutnya berakhir hari ini.
“Hari
Rabu malam setelah pulang, saya mendapat panggilan daripada Kementerian
Komunikasi dan Multimedia menyatakan perkhidmatan saya sebagai Ketua Pengarang
disambung selama tiga bulan lagi,” katanya kepada hadirin termasuk Pengerusi
Bernama Datuk Seri Azman Ujang.
Pada
Selasa, beliau telah mengumumkan akan bersara mulai Sabtu ini setelah
berkhidmat selama 38 tahun dengan Bernama.
“Hari
Jumaat ini hari akhir saya sebagai Ketua Pengarang,” katanya semasa
mempengerusikan mesyuarat penyelarasan mingguan Bernama.
Pengumumannya
itu telah dilaporkan dalam blog Bernamaians yang kemudiannya menjadi tular dan dipetik
oleh beberapa pihak.
Datuk
Zakaria berkata berita itu yang bermula sebagai berita dalaman telah ditular.
“Saya
tidak kisah kerana nak tengok ke mana ia pergi…berita yang tular sehingga ke
seluruh negara.
“Adik
ipar saya di Langkawi pun tahu, sedangkan dia tak tahu mengenai Bernamaians,” kata
Datuk Zakaria.
Menurutnya,
ia cara yang baik untuk melihat reaksi orang ramai.
“Ramai
yang bagi ucapan selamat bersara.
“Saya
dapat melihat bagaimana berita itu menular dan ini bukan fake news,,” katanya.
Datuk
Zakaria dilantik sebagai Ketua Pengarang pada 9 Disember 2014 dan disambung
kontrak setahun apabila bersara wajib pada tahun lepas.
No comments:
Post a Comment