Sebuah
keluarga datang dari Johor semata-mata untuk mengunjungi Bernama Roadshow
ketika ia mula diadakan di Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara pada
29 Ogos lepas.
“Masa
tu hujan lebat sampai basah habis barang-barang kita…Sebab mereka datang satu famili dari Johor, kita tunggu hujan
reda dan buka balik booth untuk
teruskan roadshow,” kata Pengurus
Kanan Bahagian Jualan Nasional Bernama Norena Yaacob hari ini.
Peristiwa
itu adalah antara cerita menarik yang disaksikannya sejak Bernama Roadshow 2018
bermula bertujuan mendekatkan agensi berita ini dengan orang ramai selain
memperkenalkan produk dan perkhidmatannya.
“Setakat
ni kita dah buat di Sogo, Lot 10 Jalan Bukit Bintang, Dataran Medan Pasar, di
hadapan Semua House Jalan Bunus sebelum
kembali ke Sogo sebab sambutan menggalakkan di Sogo.
“Esok
dan lusa kita akan berada di Sunway Putra Mall,” kata Norena.
Lokasi
terakhir adalah di Taman Botani Shah Alam bersempena dengan program larian Bernama Gembo-Gembo Run yang akan
diadakan pada 22 Sept ini.
Selain
keluarga dari Johor itu, satu lagi cerita menarik ialah mengenai seorang
“peminat fanatik” yang menggunakan nama glamour
Apek Ching.
"Dia
follow kita hampir di setiap lokasi roadshow...esok katanya dia nak join team roadshow kita di Sunway Putra Mall,” kata Norena.
“Dia
kata memang dia peminat Bernama Radio dan Bernama News Channel…pendengar setia
Bernama Radio.
“Banyak
kali (dia sertai uji bakat baca berita)…Hampir di setiap lokasi,” kata Norena
mengenai Apek Ching yang turut memaparkan di Instagram fotonya bersama peneraju
Bernama Radio Raifa Zulkifli.
No comments:
Post a Comment