Bernama
adalah agensi berita nasional milik negara dan tidak harus dianggap bersaing dalam industri media tempatan.
Ketua
Pegawai Eksekutif Bernama, Datuk Zulkefli Salleh berkata Bernama merupakan agensi yang serius memainkan peranan menyebar
berita dan maklumat sahih kepada segenap lapisan masyarakat mengenai kepentingan
mereka.
“Dalam
zaman era internet ini, banyak berita yang tidak sahih,” katanya dalam program “Ruang
Bicara” sempena 11 tahun penubuhan Bernama Radio yang disiarkan menerusi
Bernama News Channel (BNC) pada 3 September lepas.
Beliau
berkata Bernama harus dinilai dalam konteks kredibilitinya melaporkan berita
terutama pengumuman kerajaan sama ada menerusi wires, radio atau televisyennya.
Sebagai
contoh, katanya, apabila Bernama melaporkan mengenai amaran tsunami, ramai yang
percaya dan bertindak mengambil langkah sewajarnya.
“Maka
ratusan dan mungkin ribuan nyawa akan terselamat,” katanya.
Datuk
Zulkefli berkata semasa Bernama mengambil keputusan menubuhkan Bernama Radio
dan Bernama TV (sekarang BNC), banyak pihak yang mempertikaikan langkah
tersebut kerana kewujudan Bernama adalah sebagai pembekal kandungan.
“Mereka
mempersoalkan kenapa Bernama mahukan stesen penyiaran radio dan televisyen.
“Walau
apapun kritikan yang diterima, Bernama tetap meneruskan kedua-dua usaha itu
kerana kita mendapati radio dan TV boleh membantu menjual produk kita yang kita
pakejkan dan dijual kepada pelanggan bukan media,” katanya.
Beliau
menjelaskan bahawa Bernama harus menjual produk kerana sebagai sebuah badan
berkanun, ia hanya dibiayai separuh oleh kerajaan untuk emolumen manakala kos
operasi dijana daripada pendapatan sendiri.
“Jadi
untuk mengharapkan BNC dan Bernama Radio bersaing dengan stesen lain, saya kira
tidak adil kerana kita hanya melengkapi.
“Kita
tak mungkin boleh bersaing dengan Astro atau RTM (Radio dan Televisyen
Malaysia) kerana RTM adalah pelanggan Bernama.
“Jadi
di mana ruang yang lompong, di situlah Bernama Radio masuk. Kita tidak mahu
berebut pendengar dengan RTM.
“Sekiranya
masyarakat mendapat maklumat daripada RTM, ia OK. Yang tidak mahu mendengar RTM
dan mendapat maklumat daripada Bernama Radio, pun OK.
“Manusia
ini ada pilihannya. Di situlah kita memberi kebebasan kepada pendengar memilih
stesen mana yang dia hendak.
“Dari
segi berita, RTM juga mempunyai siaran berita, TV lain pun ada dan ini menjadi
pilihan masyarakat,” katanya.
Beliau
berkata selain maklumat dalam bentuk berita, masyarakat juga memperolehi maklumat dalam bentuk program daripada Bernama
Radio tetapi intinya tetap maklumat.
“Kita
adalah sebuah agensi yang membekalkan maklumat, mengupas kejadian yang baru
berlaku.
“Radio
mempunyai airtime yang banyak dan boleh
sampai kepada mereka yang sedang mencangkul di ladang, nelayan yang sedang bekerja
di laut tanpa perlu memegang suratkhabar untuk maklumat sampai ke telinga mereka.
“Golongan-golongan
ini masih banyak dan memerlukan maklumat sambil mereka mencari kehidupan.
“Di
situlah, saya lihat peranan Bernama Radio, bukan untuk bersaing dengan
mana-mana stesen kerana agak pelik bagi pembekal kandungan mahu bersaing dengan
pelanggannya.
Beliau
berkata penubuhan Bernama Radio pada tahun 2007 mempunyai serampang dua mata --
menyebarkan berita dengan cepat dan tepat serta menjana pendapatan untuk
menyara diri.
“Menteri
Penerangan ketika itu Tan Sri Zainuddin Maidin bersependapat dengan Bernama
bahawa Bernama sebagai pembekal berita dan maklumat juga harus mempunyai sebuah
radio untuk menyebar luas maklumat di samping bertujuan memberi satu lagi punca
pendapatan kepada Bernama supaya Bernama sentiasa mempunyai dana yang mencukupi
untuk membiayai operasinya,” katanya.
Datuk
Zulkefli berkata kesinambungan Bernama bergantung kepada keupayaannya untuk
terus mempastikan Bernama Radio dan BNC berjaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya untuk membolehkan ia terus
berperanan.
“Untuk
mengharapkan suratkhabar semata-mata sebagai pelanggan utama Bernama, zaman itu
sudah berlalu.
“Kita
melihat setiap hari, makin kurang orang membeli suratkhabar…suratkhabar beralih
kepada website, portal berita.
“Lama
kelamaan sekiranya masyarakat terus tidak mahu membeli suratkhabar atau
membayar untuk mendapat berita yang sahih, saya menjangka dalam tempoh yang
tidak lama lagi, (operasi) suratkhabar akan dikecilkan dan akan lebih
bergantung kepada Bernama.
“Dalam
pada itu, yuran tidak boleh dinaikkan sebab bisnesnya mengecil.
“Ini
menjadi dilema kepada Bernama untuk berfungsi sebagai pembekal kandungan dan
dalam masa yang sama harus mencari pendapatan sendiri,” katanya.
Beliau
berkata jasa dan peranan Bernama kepada masyarakat adalah besar untuk menyampaikan
berita dan maklumat yang sahih.
“Sejak
beroperasi pada tahun 1968 membekal berita dan maklumat kepada industri
tempatan yang pada masa itu masih di peringkat bayi, jadi banyak suratkhabar
yang tidak berkemampuan terutama surakhabar vernacular
seperti bahasa Tamil dan Mandarin bergantung kepada Bernama untuk mendapat
bahan berita terutama hal-hal berkaitan dengan kenegaraan, kerajaan dan
sebagainya,
“Apabila
Perdana Menteri melakukan lawatan ke luar negara, mereka bergantung kepada
Bernama untuk mengirim berita itu pulang.
“Satu
ketika juga, Bernama menyebarkan berita-berita daripada agensi berita
antarabangsa dan dibayar untuk menjalankan tugas itu.
Setelah
Akta Multimedia diperkenalkan, hak ekslusif untuk Bernama menyebar
berita-berita agensi luar negara telah ditarik balik dan Bernama kehilangan
pendapatan.
Oleh
itu, pada tahun 1990-an, pengurusan Bernama sentiasa memikirkan cara-cara untuk
meningkatkan pendapatan.
Penubuhan
Bernama TV dan Bernama Radio adalah antara usaha itu sesuai dengan Akta Bernama
yang membolehkan agensi ini menjana pendapatan.
No comments:
Post a Comment