Sunday, 30 September 2018

Dari gerai arwah Abang Majid ke khidmat penghantaran makanan


Bagi orang lama Bernama, gerai arwah Abang Majid di belakang Bangunan MCOBA ketika ia menjadi ibu pejabat Bernama, mempunyai banyak kenangan manis.
Masakannya enak, harganya berpatutan dan tempatnya dalam kawasan pejabat.
Yang lebih istimewa, para petugas Bernama tidak perlu membayar setiap hari.
Mereka hanya perlu menulis nama dan harga makanan dalam kertas pada ‘çlipboard’ di gerai itu untuk dibayar keseluruhannya pada hujung bulan apabila mendapat gaji.
Itu cerita 35 tahun dahulu!
Sekarang ini cara mendapatkan makanan ketika bertugas di pejabat makin canggih.
Bagi wartawan muda seperti Syed Iylia Hariz Al-Qadri Syed Izman, yang bekerja pada hari minggu seperti hari ini, pilihan itu hanya di hujung jari.
“…selalu saya order McD jer,” katanya.
Kadangkala pesanan dibuat menerusi “Grab food”.
“Sedap pun sedap dan senang,” kata wartawan Meja Multimedia itu yang akan mengikuti satu program press fellowship selama sebulan di Korea Selatan mulai 14 Oktober ini.
Syed Iylia berkata pesanan untuk perkhidmatan itu mudah sahaja dengan menggunakan apps dalam telefon pintar.
Daripada menu yang disediakan, pelanggan boleh memilih makanan dan minuman yang diingini.
Sistem penyampaian (delivery system) dalam perniagaan makanan ini banyak membantu orang ramai yang sukar untuk keluar mendapatkan makanan.
Cara hidup ‘moden’ ini juga mencerminkan kemajuan ekonomi negara yang membuka peluang perniagaan seperti penghantaran makanan dan barangan.
“Betul tu…sebenarnya permintaan untuk perkhidmatan ini adalah tinggi terutama di KL…bayangkan kita nak  keluar makan dari Wisma Bernama ke Kampung Baru, sekurang-kurangnya 15 minit menempuh kesesakan lalulintas dan nak cari pula parking.. sungguh memenatkan.
“Dengan adanya khidmat pesanan makanan atas talian ini, saya boleh memilih dan membuat pesanan makanan dengan selesa,” kata Syed Iylia.
Seorang lagi wartawan muda Nur Ashikin Abdul Aziz juga biasa menggunakan perkhidmatan itu kerana “lack of choice at the office café”.
Selain burger dan pizza daripada syarikat ternama, beliau berkata banyak lagi pilihan boleh dibuat terutama bagi makanan tengah hari.
“Sekarang dah ada servis macam Grab food yang deliver makanan dari different outlets... macam Papa Rich, Chatime etc,” kata wartawan Perkhidmatan Berita Antarabangsa itu.
Menurutnya, pesanan juga boleh dibuat sehingga waktu tertentu pada sebelah malam dan ini memudahkan mereka yang bekerja malam.
Bangunan MCOBA di Jalan Syed Putra




No comments:

Post a Comment