Keindahan Masjid Nabawi di mana terletaknya makam Rasulullah. |
Daripada Haji Shamsudin Puteh
Bumi Madinah kaya dengan kesan sejarah, khususnya berkaitan Islam.
Masjid,
tanah perkuburan, tapak perang dan tidak ketinggalan muzium, terjaga dengan
rapi.
Berdasarkan
maklumat pelancongan, tempoh enam hari kami ditempatkan di sini oleh Tabung
Haji, rasanya tidak mencukupi untuk menziarahi sebahagian besar tempat
bersejarah di kota suci tempat Rasulullah dimakamkan ini.
Dalam
masa dua hari berada di sini, kami dibawa untuk menziarahi tempat yang menjadi
"lokasi wajib ziarah" bagi mereka yang berkunjung ke tanah suci ini.
Terima
kasih Tabung Haji kerana turut menyediakan pemandu pelancong yang tidak lokek
dan begitu bersemangat memberi penerangan kepada jemaah.
Malah, ada kalanya, pemandu pelancong sendiri tidak mampu menahan sebak apabila menceritakan pengorbanan dan cabaran yang dihadapi Rasulullah dalam menyebarkan Islam, termasuk peperangan bagi menegakkan agama Allah.
Oleh kerana kesuntukan ruang untuk menceritakan pelbagai kisah suka duka yang baginda alami, saya hanya mampu menyiarkan sebahagian gambar berkaitannya. Semoga ini akan menguatkan lagi iltizam rakan-rakan yang belum pernah ke sini, untuk datang melihat sendiri tinggalan sejarah yang terdapat di Madinah ini ketika menunaikan haji dan umrah.
Saya pun ingin datang lagi jika diizinkan Allah.
Bukit Uhud, tempat berlaku Perang Uhud yang terkenal dalam sejarah Islam. |
Tempat berlaku Perang Khandak. |
Masjid Quba, masjid pertama dibina Rasulullah. Menunaikan satu solat di masjid ini pahalanya sama dengan satu umrah. |
No comments:
Post a Comment