Daripada Haji Shamsudin Puteh di Makkah
Setiap
kali menunaikan solat, kita mengadap ke arah Kaabah.
Binaan
yang menempatkan Hajarul Aswad itu menjadi qiblat umat Islam dari serata alam,
sekali gus menjadi simbol kesatuan ummah.
Ada
yang pernah menjejakkan kaki ke Masjidil Haram di mana terletaknya Kaabah, dan
ada yang belum.
Bagi
yang belum pernah hadir di depan Kaabah, tentu menyimpan cita-cita untuk sampai
ke situ.
Percayalah!
Binaan penuh berkat ini memiliki aura yang amat luar biasa.
Sesiapa
yang memandangnya, pasti akan sebak dan mengalirkan air mata.
Walaupun
sudah beberapa kali berada di depan Kaabah, perasaan demikian tetap melanda
sanubariku.
Tak
tahu kenapa.
Mungkin
juga sayu dan terharu kerana mengenangkan bahawa walaupun banyak berdosa, Allah
masih sudi menerimaku sebagai tetamu-Nya.
Selesai
menunaikan umrah sebelum masuk waktu solat subuh hari ini, sempat merakam
luahan hati dalam rangkap bahasa yang tidak sepertinya ini untuk diabadikan
sebagai kenangan semasa di sini.
Di Hadapan Kaabah
Di
hadapan Kaabah
air
mata terasa mencurah
sayu
bertamu di laman kalbu
keinsafan
menguasai perasaan
betapa
lemah dan hinanya aku
di
hadapan Allah Yang Maha Pemurah
Dalam
sebak memanjatkan doa
aku
lafazkan kesyukuran
aku
curahkan perasaan
serta
memohon keampunan
daripada
Pencipta segala kejadian
atas
kemungkaran yang telah dilakukan
kerana
kejahilan dan hasutan syaitan
--Shamsudin Puteh
Masjidil
Haram
No comments:
Post a Comment