Jurufotografi Bernama Zulfadhli
Zulkarnain lega dapat menyempurnakan tugasan pertemuan antara Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di
White House pada hari Selasa.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,”
katanya dari Washington di mana beliau dan Timbalan Ketua Pengarang
Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Datuk Mokhtar Hussain melaporkan mengenai
pertemuan itu.
Dalam bersiap untuk pulang ke tanahair, Zulfadhli
berkongsi pengalaman mengenai tugasan penting,
berprofil tinggi itu.
“Pada awalnya sebelum PM jumpa Trump, saya
sangat risau takut tak dapat capture moment tu..tapi Alhamdulillah sebelum pergi
memang saya study sikit dan bila peristiwa itu berlangsung, saya lakukan yang
terbaik..
“Hanya saya media Malaysia yang boleh
masuk di White House, so saya perlu ambil gambar dan video dalam masa yang sama..
“Alhamdulillah, gambar dan footage video
saya banyak yang pakai…
“Lega sebab tengok gambar Page 1 yang
office hantar....kalau tak ada Page 1 langsung tu yang risau....
“Rasa seronok bila geng-geng media kat
sini bagi feedback yang elok kepada Datuk Mok..Alhamdulillah lah..
Persiapan yang dibuatnya sebelum ke
Washington banyak membantu Zulfadhli.
“Saya study macam mana rupa White House, tanya senior yang pernah
pergi...research contoh gambar.
“Tengok website photo official Trump..lepas
tu ada lah check di Internet pasal pejabat-pejabat dalam tu.,” kata Zulfadhli,
24, yang menyertai Bernama baharu dua tahun lepas.
Sebelum tugasan di White House, Zulfadhli
melalui pengalaman yang tidak akan dilupakan apabila berdepan dengan
Datuk Seri Najib.
“Saya kena tunjuk gambar Almarhum Sultan
Kedah di Bernama Images sebab time PM touchdown je terus PM buat PC di hotel mengenai
kemangkatan Sultan Kedah (Almarhum
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah).
“Time
tu sebenarnya saya menggeletar jugak sebab ramai pihak memang tumpu kat
saya....tambah pulak time tu Internet betul-betul slow..PM nampak saya shaking tapi PM memang cool lah..
“Bila dah settle part tu, geng-geng media kata saya berani…time tu saya
memang terpaksa memberanikan diri sebab saya terima arahan daripada ofis
untuk dapatkan pic tu..so saya akan usaha
untuk penuhi kehendak ofis,” katanya.
“PM memang agak sedih lah dan last sekali
saya rasa PM cakap "that’s a good picture"...tapi tu bukan gambar
sayalah..tu gambar daripada website ..memang dari foto kita.
Tugasan itu bukanlah yang pertama baginya
di luar negara tapi akan meninggalkan kenangan manis.
“Bagi saya assignment Trump memang best
selain assigment Everest pada April 2016…time tu saya ikut naik
sekali sampai Everest base camp cover pendaki tertua Malaysia,” katanya.
Bernama menjadi rakan media rasmi bagi
usaha pendaki gunung James Lee Chong Meng, 69, untuk melakukan percubaan kali
kedua menawan Gunung Everest.Penglibatan Bernama bagi menyokong tema pendakian itu untuk mempromosi gaya hidup menua dengan sihat serta kesedaran terhadap alam sekitar.
Zulfadhli masih ingat tugasan pertama beliau di luar negara apabila membuat liputan lawatan kerja pertama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri ke Indonesia.
“Time tu ingat lagi...flight pukul 9, assignment tu diberitahu jam 6…last minute,” katanya yang bersyukur dengan perkembangan kerjayanya sejak menyertai Bernama.
"Saya paling berterima-kasih kepada senior-senior yang sentiasa memberi tunjuk ajar, pendapat dan teguran sepanjang saya di Bernama.
"Tanpa tindakan mereka, saya pun tak belajar dan tetap duduk di takuk lama," katanya.
No comments:
Post a Comment