Perkara itu diluluskan oleh Jawatankuasa
Pengurusan pada mesyuaratnya Khamis lepas setelah syor berkenaan dibentangkan oleh
Bahagian Sumber Manusia.
Cadangan bagi keperluan kursus itu
dikemukakan ekoran Mesyuarat Penyelarasan Jabatan Pengarang pada 25 September lepas
yang membincangkan isu kursus anjuran Pusat Kecemerlangan dan Infolib yang tidak
mendapat sambutan.
Ini disebabkan komitmen kerja petugas dan
kehadiran kursus selama tujuh hari setahun tidak lagi diwajibkan kepada petugas
sejak Mac 2016.
Keadaan itu memberi kesan kepada peranan Pusat
Kecemerlangan selaku unit latihan yang sentiasa merangka kursus-kursus umum dan
yang berkaitan dengan kemahiran kerja petugas.
Ia juga menyebabkan pembaziran kerana Bernama
perlu membayar tenaga pengajar bagi kebanyakan kursus yang dianjurkan sedangkan
ia tidak mendapat penyertaan daripada petugas.
Antara justifikasi bagi cadangan itu ialah
meningkatkan mutu prestasi kerja petugas.
Petugas yang diberi latihan dan kursus bersesuaian
boleh memantapkan prestasi kerja dan meningkatkan kemahiran kerja dengan menambah
baik secara berterusan.
Ia juga bagi pembangunan kerjaya petugas untuk
meningkatkan tahap mereka dengan mempunyai skil dan pengetahuan yang tiada
sempadan.
Cadangan itu juga bertujuan menyokong peranan
Pusat Kecemerlangan dalam menganjurkan kursus yang bersesuaian dengan bidang
tugas dan keperluan semasa untuk faedah kepada petugas dan organisasi secara
keseluruhnnya.
Kursus yang boleh dihadiri dan diambil
kira termasuk kursus dalaman dan luaran.
No comments:
Post a Comment